8 TAHUN , 200K PAGEVIEW !

Share:
8 TAHUN , 200K PAGEVIEW ! | Rupa-rupanya tahun 2017 merupakan tahun ke sembilan aku berblog. Banyak benda aku belajar dari tahun 2015 ke 2017 sejak aku mula ambil keputusan untuk fokus kepada blog . Sejak dari tu aku mula ada masa untuk study serba sedikit mengenai blog dan ilmu-ilmu berkaitan blog. Di sebabkan aku dah tertulis status untuk tulis entri 8 TAHUN , 200K PAGEVIEW ! , jadi aku tulis jugalah. nanti korang merajuk ngan aku lak kaan. Oh ya, aku tulis status di Facebook kataubaid .


tutorial-blog


Entri kali ini aku guna penanda aras tarikh akhirnya adalah awal tahun 2016 . Dari tahun 2009 sehingga awal 2016 aku menulis blog secara suka-suka dan aku tak pernah target pun nak jana income dari blog.


Sebab Utama Aku Kembali serius Ber Blog ?


aku masuk ke Kelab Blogger Ben Ashaari tak pasti tahun bila. haha tapi masa tu aku dekat mesir .Aku rasa tahun 2013 . Masa tu abang Ben offer untuk KBBA Utara . aku pun bagi number phone dan masuk ke group Kbba Utara. Dari situ aku kenal ramai blogger utara dan kemudiannya aku di serap ke KBBA .

Dalam KBBA , aku belajar banyak benda. Perkongsian blogger-blogger dalam Kbba sentiasa membantu aku. Kalau dulu , aku malas dan tak ada idea nak update entri. Bila aku ada dalam Kbba, semangat untuk update entri makin meningkat. Dalam Kbba juga aku belajar cara nak update entri , tips-tips blog dalam tu . Sebabnya semua blogger hebat adalam Kbba. Jadi, kalau tak tahu apa , just tanya dalam tu. Yang penting , rasa Family dalam Kbba sentiasa subur dalam diri ini. Terima Kasih Abang Ben ajak masuk Kbba dan geng-geng KBBA lain. ** nak list tapi ramai sangat. hehe

8 TAHUN , 200K PAGEVIEW !


Ini sebenarnya adalah satu angka yang sedikit. kalau korang perasaan ,ramai blogger telah berjaya dapat traffic yang banyak dalam masa yang singkat. Angka 200k pv bagi aku adalah sedikit . Setiap kali aku fikir pasal blog aku, mesti terlintas dalam hati " kalaulah aku tahu ilmu blog ni awal2 , mesti tak jadi macam ni ".

Pengajaran yang selalu aku ingatkan adalah buat blog mesti kena ada ilmu. Kalau korang nak tulis saja-saja pun , try belajar sikit ilmu SEO. Sekurang-kurangnya, blog korang akan sentiasa ada pembaca. Jangan jadi macam blog kataubaid ini dulu, sampai sekarang ada beberapa entri yang bagi aku ia mati sebab static traffic. yang paling sedih bila PV entri yang mati ini hanya belas-belasan.

Nampak tak bertapa ruginya aku. Sebab tu aku tak nak korang update blog kosong macam aku buat dulu-dulu.**rasa nak nagis.


real-madrid
Thanks FF untuk gambar ni :)

Apa yang ada 9 tahun dahulu dalam dunia blog ?


Masa aku baru menulis dulu, blog-blog kepunyaan blogger terkenal  seperti Uzu ( Emas Putih ) dan Lyssa Faizureen ( Lyssa ) antara yang menjadi rujukan aku . Yelah kan , diorang je rajin upload tutorial. aku ingat lagi antara tutorial yang best buat adalah letak Mp3 dekat blog , buat cursor klip klip dan lain-lain . Masa ini aku tak pandai lagi buat blog dari segi content blog . jadi aku belajar edit-edit blog ja .

Pengajaran 8 TAHUN , 200K PAGEVIEW !


Sebab apa aku tulis entri kali ini sebabnya aku tak nak blogger baru buat benda yang sama. rugi masa korang . Sangat-sangat rugi . Buat benda apa pun , mesti kena ilmu. Korang rujuk orang yang berilmu insyaallah korang berjaya . Jangan malu dan segan.

Penutup

Rasa macam Panjang pulak aku tulis entri kali ini kan. Selalu aku tulis entri pendek-pendek ja sebabnya aku malas nak tulis. haha bayangkan sehari 3 entri. pagi-pagi okaylah ada idea. mai petang mau tercungap-cungap nak dapatkan idea. haha semoga perkongsian aku kali ini mampu memberi manfaat kepada kita semua.

Ini cerita aku dan tak ada kena mengena dengan korang . Jangan terasa hati lak bila aku cakap 200k ni sikit . kalau blog korang lebih sedikit dari aku. tak pa, korang boleh ubah kearah benda baik macam aku kongsikan dekat atas. kalau korang rasa selesa dengan pv korang. pun tak apa sebab ini hanya KPI aku terhadap blog aku ya. aku tak da niat nak menghina sesiapa. aku harap korang faham .

Sudahlah, panjang pulak karangan aku. cumanya aku nak minta sedikit komentar korang mengenai masa lampau blog korang di ruangan komen. cerita sedikit pasal blog korang di ruangan komen , bila korang mula tulis dan apa yang korang dah dapat dari blog korang. nanti aku baca . Aku harap sangat ada yang komen . hehe aku tulis panjang-panjang kot. hehe terima kasih sekian.


4 comments:

  1. LeYa start blogging 25/10/2008. Tapi masa tu mcm ubaid jugalah..tulis sekadar suka2... 2015 & 2016 yg aktif semula. join event.. bina income dgn blog, wat seo...belajar dgn Hasrul Hassan. rugi kan kite..ade blog dah lama tapi start fokus baru lagi..hehe..ok..jom lawat blog leya di sini ye...

    Klik LeYa Blog

    ReplyDelete
  2. Akak start buat blog terus fokus naik kan blog sikit2.bulan pertama tu susah sikit sebab tak tau apa2 pasl blog.Banyak membaca tips2 blog dari seberang..Blog malaysia memang tak jumpa pun yang bagi tips untuk newbie...bukan tak dak tapi tak jumpa.masuk 3,4 bulan dapat dah rentak sikit2.mula dengn tajuk entry yang menarik,lepas tu blogwalking,update blog dengan berjadual,komen blog orang untuk tarik pembaca setia dan macam2 tips akak ikut.Bab Seo akak tak fokus sangat sebab akak pegang satu ja..Entry kalau dok kat 1st page pun tapi bila orang baca tak terusik di hati itu bukan entry yang baik.Akak terapkan sikit ja bab2 SEO ni dalam blog.Akak lebih selesa menulis dengan cara akak.

    Dulu kalau tulis memang bahasa kelaut ,dengan shortform tapi la ni ayat susun cantik2 supaya blog luar baca pun depa mudah nak translate.Sejak susun ayat cantik2 akak banyak dapat job dari luar.dulu takat Rm ja..bila dapat dollar pertama kali dia punya seronok tu tak tau nak kata la..heheh

    Gitu la serba ringkas tentang perjalanan blog akak tu..😊

    ReplyDelete
  3. Tapi dalam setahun mendadak juga pv ubaid naik...all the best ubaid..semoga terus sucess dalam dunia blog

    ReplyDelete
  4. 200K pageview tu pun kira banyak juga :D Blog baru memang letih jugak nak capai angka tu

    ReplyDelete