DRAMA MELAYU HANYA ANGAN-ANGAN ? | Semalam , aku tengok Drama Kerana Anisa di Tv3 . seronok tengok drama ni sebab ada zara zya. ehhh. hahaha . Bukan sebab zara zya pun tapi sebab Pak samad ja. hehe Aman Graseka yang semakin menjadi-jadi watak garang dia sekarang ni. hehe . Drama baru ini juga menarik kerana jalan cerita dan barisan pelakon drama Kerana Anisa .
Tapi bukan aku nak cerita pasal drama kerana Anisa. tetapi aku nak sembang dengan korang pasal kualiti drama tempatan berbanding drama luar negara . Sebabnya ada beberapa perkara yang menggangu aku bila tengok drama melayu. realiti atau fantasi ?
Sebab apa Drama Melayu tak best ?
Sebenarnya bukan semua drama melayu tak best, ada yang best gila jika pelakon-pelakon dan jalan cerita menarik pasti akan menarik rakyat malaysia menonton drama yang di tayangkan. Masalah utama drama melayu adalah jalan cerita yang orang boleh agak. sebab tu orang jarang tengok drama melayu.
Drama Melayu tak ketengahkan Ilmu pengetahuan ?
Kalau anda perasan, banyak drama melayu yang hanya menayangkan kisah cinta dan kekeluargaan. Tak banyak yang mengetengah kan kerjaya untuk di dramakan . Sebagai contoh, Watak seorang doktor dalam drama melayu tidak menggambarkan mereka sebagai doktor. Sempat lagi mencari cinta yang hilang sedangkan situasi sibuk di hospital yang realitinya masyarakat malaysia juga faham . Bertapa sibuknya hospital sehinggakan ada doktor yang terpaksa skip waktu makan dan rehat mereka .
Tapi apa yang di tunjukkan dalam Drama melayu adalah Doktor keluar jalan-jalan pada waktu kerja. agak tak logik. betul tak ? kalau korang tengok drama korea, korang akan perasan yang mereka menunjukkan budaya yang baik dalam drama mereka.
Penambahbaikkan Drama Melayu ?
Mungkin element cinta dalam drama melayu perlu di kurangkan sebaliknya banyakkan menggunakan drama untuk memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam masyarakat malaysia setiap hari. Tunjukkan kepada rakyat malaysia bagaimana tugas seorang arklitek, kontraktor , peguam dan lawyer dan doktor yang sebenar berbanding hanya menayangkan kisah percintaan doktor dan arkitek dan sebagainya sahaja.
Dengan cara ini, anak-anak kita kalau tengok drama pun boleh teruja dan mampu untuk menarik minat mereka untuk menceburi bidang-bidang yang di tunjukkan dalam drama tersebut.
Cadangan aku hanya bersifat umum sahaja. Ia meliputi drama - drama yang di tayangkan dalam malaysia. Semoga entri aku kali ini mampu membuka minda kita dan mampu menguji keupayaan pembikin drama tanah air untuk meningkatkan kualiti drama tanah air. Maaf atas salah silap. Terima Kasih.
Post a Comment