PEMBACA BLOG PEMANGKIN SEMANGAT SEORANG BLOGGER !

BLOGGER merupakan pemilik kepada sebuah blog yang di ciptanya . Ia di cipta melalui medium blogspot.com,wordpress dan beberapa lagi medium yang di iktiraf. Hakikatnya, kehebatan seorang blogger terletak pada kekuatan pembaca blognya setiap hari .

Andai banyak pembaca blog untuk sesuatu blog, maka makin hebat seorang blogger dalam media sosial. ini teori aku sahaja kay. haha kalau korang sembang dengan blogger.mereka akan akui, kehadiran pembaca blog ke blog mereka merupakan sumber kekuatan bagi mereka.

Tips blogger

Mana mungkin kau kata blog kau hebat,tetapi tak ada pembaca . sama juga dengan penulis buku, novel cerita atau sebagainya.Semakin banyak pembaca yang membeli buku dan novel mereka, semakin mereka berjaya mencuri hati pembaca untuk membaca karya mereka seterusnya .

Pembaca datang dan pergi, kekuatan kedua untuk sesebuah blog adalah pembaca yang sama akan datang berulang kali ke blog kita tanpa di suruh. setiap pagi tercangak dah depan laptop buka blog blogger yang dia minat .

Nampakkan,kelebihan pembaca yang ramai. seorang blogger tak patut takut untuk berkongsi entri-entri blog di media sosial. aku dulu takut untuk berkongsi atas sebab aku takut mengganggu TL kawan-kawan aku . takut spam dekat TL kawan2. kesian depa. tetapi sekarang ini kita ada banyak group blogger,

Tips blogger

maka korang boleh cari dan ping kan entri blog korang ke group facebook tersebut.mudahkan,dalam group tu juga ada ramai lagi blogger-blogger hebat yang boleh berkongsi  pendapat mengenai blog . guna peluang yang baiknya untuk promosi blog supaya ada pembaca yang datang ke blog kita pada masa akan datang .

Buat pembaca blog,kehadiran anda saban hari ke blog-blog  para blogger menyebabkan kami bertambah semangat untuk terus menulis di blog kami. walaupun hati ini pernah terlintas nak berhenti dari menjadi blogger.namun semangat tu kembali lepas sayang dengan orang yang datang berkunjung dekat blog ini.

Di tambah pula dengan semangat kawan-kawan blogger yang hebat ini di keliling aku  menjadikan aku rasa rugi pulak nak tinggalkan dunia blog yang aku cipta saban tahun. Hampir 7 tahun sudah berlalu, cuma 2 tahun terakhir aku mula melihat hasilnya .

Terima kasih sekali lagi kepada pembaca blog aku hehe teruskan menyokong semua blogger yang anda tahu dan kenal : )

sekian.
Previous Post Next Post