MENULIS BLOG SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA ?

MENULIS BLOG SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA ?

MENULIS BLOG SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA ? | Lama juga aku tak tulis pasal blog di blog kataubaid.com . Kalau dulu, aku selalu kongsikan tips blogger dekat blog ni kan. tapi sekarang ini aku jarang tulis sebabnya aku tumpukan kepada perkara lain dan juga aku dalam proses belajar lagi dan aku elakkan dari menulis sesuatu yang aku belum betul-betul faham. nampak tak? baik kan aku. hahaha poyo gila.

Susah Sangat ka Menulis Blog ?


baik, kali ini aku rasa nak tulis sedikit mengenai menulis blog sekadar melepaskan batuk di tangga . Sekali baca nampak macam peribahasa baru ja ? haha peribahasa kataubaid. ehh. baru-baru ini aku ada baca beberapa artikel yang di tulis oleh blogger-blogger mengenai rakan-rakan blogger yang lain. Artikel-artikel berbentuk nasihat tersebut di tujukan kepada rakan-rakan blogger yang baru mahupun yang lama .

Aku suka baca artikel untuk blogger seperti itu kerana ia merupakan teguran direct dari blogger lama kepada blogger baru agar kita sama-sama menjaga kualiti yang di miliki oleh geng atau kumpulan blogger . Antara teguran yang aku mampu simpulkan adalah Entri yang di tulis bersifat copy paste dan kurang entri bersifat natural. Ramai blogger sekarang tulis mengenai drama dan artis berbanding entri-entri yang bermanfaat lain.

Aku secara personally menulis entri berkaitan artis dan drama malaysia. Tetapi aku tak ambil ia sebagai entri utama aku dalam seharian. kalau sehari aku update pasal artis sahaja, maknanya aku tak ada idea nak tulis. hahaha sebenarnya entri berkaitan artis perlu di kawal sebabnya ia akan mengurangkan keyakinan pembaca blog kita kepada kita. Sebab itu, blogger lama selalu menegur kita yang baru bila kita membuat kesalahan sedemikian.

Sebagai seorang blogger, jangan harap semata-mata traffic dari keyword artis dan drama. Sebagai sokongan traffik blog bagi aku it's ok. Sebab apa aku cakap macam tu ? sebabnya entri mengenai artis dan drama ini bersifat bermusim. lepas habis satu drama, datang lagi satu drama . maka keyword terebut tak bertahan lama. paling kuat dua atau 3 bulan sahaja sehingga drama tersebut habis.

Yang kedua, kalau korang perasaan , kalau letak adsense di blog dan korang rajin update mengenai artis dan drama, earning korang tak akan banyak walaupun tarffic blog korang mencanak naik. sebabnya kurang iklan yang bersesuaian dengan keyword entri berkenaan. Mungkin ada otai yang lebih memahami bab adsense boleh kongsikan sikit mengenainya. Aku hanya kongsikan berdasarkan pengalaman dan eksperiment yang aku buat terhadap adsense aku. **alamak dah masuk tips adsense pulak ni. hahaha

Entri Blog Berkaitan Artis ?


Tak salah nak update pasal artis atau drama . sekali sekala kita selitkan dengan perkara lain dan kita cuba uji kekuatan penulisan kita dengan keyword lain selain dari artis. aku nak cerita sikit ni, aku kan selalu update pasal artis dan drama dekat blog, satu hari aku tulis benda lain dari artis dan drama. dan aku akui traffic aku jatuh sejatuh-jatuhnya. nampak 3 kali aku ulang perkataan jatuh tu. hahaha

maksudnya blog kita tak berapa kuat lagi untuk entri-entri yang bersifat keyword yang berpanjangan. Jadi kalau macam tu nak buat apa ? ubah sikit style penulisan entri kita. touch up mana yang kurang dan teruskan berusaha . Insyaallah kita mampu berjaya . Aku pun masih belajar lagi dan masih bodoh dalam dunia blog. aku hanya mampu berkongsi mengenai pengalaman aku sahaja.kalau perkara yang saintifik mengenainya , aku tak mampu.

Target aku untuk 2017, nak tambahkan pembaca setia di Blog kataubaid.com . doakan aku ya. Target kawan-kawan blogger lain macam mana ? ce korang komen dekat bawah. sekali dengan link blog korang.nanti aku boleh terjah. hehe. Pendek kata, tulis entri jangan sekadara melepaskan batuk di tangga, kalau korang batuk, segeralah ke Klinik berdekatan. hahaha Bina entri dan blog yang berkualiti dan kita mesti berjaya .Sekian.

Previous Post Next Post