Sinopsis Filem Konspirasi: Misi Pasukan Elit Bongkar Skandal Politik & Kebocoran Data Sulit

Dunia perfileman tanah air bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran sebuah naskhah aksi thriller berjudul 'Konspirasi'. Filem yang mengangkat tema penguatkuasaan membanteras rasuah secara realistik ini menjanjikan debaran luar biasa buat penonton di pawagam bermula 21 Mei 2026.

Diarahkan oleh pengarah berkaliber, Ghaz Abu Bakar, Konspirasi bukan sekadar filem aksi biasa, malah ia mengetengahkan isu sensitif mengenai kebocoran maklumat siasatan dan pendedahan data sulit yang mampu menggugat kestabilan negara.

baca juga : Sinopsis drama cahaya anak lorong


Sinopsis Filem Konspirasi: Misi Pasukan Elit Bongkar Skandal Politik & Kebocoran Data Sulit




Barisan Pelakon & Watak Utama

Filem terbitan Elepfilm Entertainment ini menampilkan barisan pelakon gred A tanah air yang pastinya menjamin kualiti lakonan yang mantap:

  • Adi Putra sebagai Adli
  • Hisyam Hamid sebagai Dhani
  • Alicia Amin sebagai Maya
  • Shiqin Kamal sebagai Ily
  • Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Datuk Suraya
  • Amir Nafis sebagai Mikael
  • Esma Daniel sebagai Datuk Azizul

Turut memantapkan filem ini adalah penampilan pelakon hebat lain seperti Roy Azman, Rusdi Ramli, Khir Rahman, dan Alif Hadi.

Sinopsis Filem Konspirasi

Kisah bermula apabila satu pasukan elit yang diketuai oleh Adli (Adi Putra) dikerahkan untuk satu misi sulit—merampas pelayan tersembunyi yang menyimpan senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar pesisir.

Namun, misi tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka terjatuh ke dalam perangkap. Sebahagian data sulit telah bocor ke pihak media dan web gelap, mencetuskan krisis politik dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti pihak berkuasa.


Sinopsis Filem Konspirasi: Misi Pasukan Elit Bongkar Skandal Politik & Kebocoran Data Sulit


Dalam usaha mencari pengkhianat dalaman, pasukan Adli mula mengesan petunjuk yang membawa kepada seorang pakar siber dan penggodam terkenal. Apa yang bermula sebagai operasi rahsia kini berkembang menjadi konspirasi berbahaya yang melibatkan perebutan kuasa, serangan siber berskala besar, serta campur tangan asing yang berniat jahat.

Info Filem Konspirasi

Genre: Aksi, Thriller

Tarikh Tayangan: 21 Mei 2026

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip: Fairul Nizam Ablah, Ghaz Abu Bakar, Mamu Vies


Baca juga :  Sinopsis Drama ME.N.U. lakonan Andi Bernadee dan Nabila Razali.


KONGSIKAN:

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.