Sinopsis & Biodata Pelakon Drama Me.N.U (2026), Gandingan Nabila Razali & Andi Bernadee

Peminat drama Melayu pastinya tidak sabar menantikan ulang siar drama romantik komedi Me.N.U yang bakal menemui penonton bermula 19 Mei 2026. Menampilkan gandingan serasi Nabila Razali dan Andi Bernadee, drama ini menjanjikan plot cerita yang penuh emosi, konflik keluarga, dan impian seorang chef.


Sinopsis & Biodata Pelakon Drama Me.N.U (2026), Gandingan Nabila Razali & Andi Bernadee




Info Drama Me.N.U (Ulang Siar 2026)

Tarikh Ulang Siar 19 Mei 2026
Jumlah Episod 10 Episod
Platform Asal Tonton Original Series
Pengarah Faliq Sharif
Produksi Anomali Media Sdn Bhd


Episod 9 Drama Me.N.U - Hariz Pujuk Lisa, Lulu mengaku salah ! 


Me.N.U episod 9 menyaksikan Hariz berjaya menemui Lisa yang membawa diri ke rumah neneknya selepas merajuk. Hariz menjelaskan bahawa hubungannya dengan Alya sudah berakhir dan dia kini mahu mendekati Lisa.

Pada masa sama, Mishon mencetuskan kontroversi apabila membuat siaran langsung untuk mendedahkan sisi sebenar Alya kepada umum. Selain itu, Lisa akhirnya mengetahui bahawa Lulu telah mengaku mengedit video tular yang menjadi punca salah faham antara dirinya dan Hariz. Episod ini berakhir dengan pelbagai rahsia mula terbongkar menjelang episod 10.

Episod 8 Drama Me.N.U - Hariz merajuk dengan Lisa Pula!!

Me.N.U episod 8 semakin tegang apabila Hariz dikatakan sudah memutuskan hubungan dengan Alya selepas isu kecurangan terbongkar. Dalam masa sama, Lisa mula panik apabila Hariz mempunyai bukti untuk mengambil tindakan saman terhadap dirinya.

Walaupun café Lisa berdepan pelbagai masalah, food critic yang datang tetap memberikan review positif dan memuji masakannya. Namun keadaan menjadi lebih buruk apabila Lisa tiba-tiba dituduh sebagai penyondol hubungan Hariz dan Alya sehingga namanya mula menjadi bualan hangat.

Episod 7 Drama Me.N.U - Hariz dah break dengan Alya, Lisa ad chance ni !

Me.N.U episod 7 menjadi semakin menarik apabila Lisa teruja menerima kunjungan food critics ke café miliknya. Lisa percaya reputasi masakannya yang semakin dikenali hari ini banyak dibantu oleh review positif daripada pengkritik makanan tersebut dan dia berazam untuk memberikan yang terbaik sekali lagi.

Dalam masa sama, Lulu dan Eddie mula mengesyaki jiran mereka yang sering mengambil gambar café secara senyap. Mereka bimbang gambar dan bukti yang dikumpul itu akan dilaporkan kepada pihak majlis bandaran dan boleh menimbulkan masalah besar kepada perniagaan Lisa.

Sementara itu, Alya Nova pula semakin tertekan selepas wajahnya tular ketika berada di café Lisa sebelum ini. Kontroversi hubungannya bersama Hariz menyebabkan ramai netizen mengecam dirinya sehingga memberi kesan kepada reputasi sebagai influencer.

Paling mencuri perhatian dalam episod ini apabila Hariz memberitahu Lisa bahawa hubungannya dengan Alya sudah berakhir. Namun secara spontan, Lisa tersasul mengatakan dia sudi menjadi teman wanita Hariz sebelum terus malu dan melarikan diri dari situasi tersebut.

Episod 7 berjaya membuatkan penonton semakin teruja untuk mengetahui perkembangan hubungan Hariz dan Lisa dalam episod seterusnya.

Episod 6 Drama Me.N.U - Alya reject offer Mak dia jad lawyer sebab minat masak.. fuhh merah terus mata dia.

Me.N.U episod 6 menyajikan pelbagai konflik menarik apabila Hariz dilihat semakin rapat dengan Lisa sehingga sanggup mempromosikan café milik gadis itu kepada stafnya sendiri. Tindakan Hariz mula menimbulkan persoalan sama ada dia benar-benar sudah jatuh hati kepada Lisa.

Dalam masa sama, Aleya pula berdepan tekanan hebat selepas kontroversi melibatkan dirinya dan Hariz memberi kesan buruk kepada perniagaan sehingga jualannya merosot. Ibunya turut meminta Aleya membuat kenyataan bagi menjelaskan status hubungannya.

Selain itu, Lisa berjaya membantu menyelesaikan masalah mahkamah melibatkan Leon dan perkara itu membuatkan ibunya bangga serta berharap Lisa akan terus menjadi peguam dalam syarikat keluarga mereka. Namun Lisa akhirnya meluahkan bahawa minat sebenar dirinya adalah dalam bidang masakan dan berharap ibunya memahami impian tersebut.

Episod ini berakhir dengan pelbagai persoalan yang membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod 7.

Episod 5 Drama Me.N.U - Alya Sidai Haris sampai pagi, Lisa Kesian.

Drama Me.N.U episod 5 kembali mencuit hati penonton dengan pelbagai adegan lucu dan drama hubungan yang semakin rumit. Episod kali ini memfokuskan kepada konflik antara Haris dan Alya Nova selain telatah Leon serta Lulu yang menceriakan jalan cerita.

Leon sekali lagi membuat perangai apabila menggunakan alamat rumah Lulu untuk membuat pesanan pizza kerana Lulu sering berada di rumah tersebut. Tindakan itu membuatkan Lulu geram, namun dia sempat mengambil “upah” dengan memakan sekeping pizza yang dihantar.

Dalam masa sama, Haris pula kecewa apabila Alya Nova tidak muncul ketika mereka sepatutnya bertemu di restoran Lisa. Walaupun cuba bersikap positif dengan memberi alasan Alya mungkin sibuk, Haris akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Lulu kemudian mencadangkan supaya Haris membawa Alya datang ke kedai mereka memandangkan Alya merupakan seorang influencer terkenal yang boleh membantu mempromosikan perniagaan tersebut. Namun Haris memberi alasan dia masih cuba memujuk Alya.

Situasi menjadi lebih lucu apabila Lulu menyarankan Haris meminta bantuan Lisa yang digelar sebagai “LG” atau Love Guru untuk mengajar cara memujuk pasangan.

Episod ini dipenuhi elemen komedi romantik yang ringan dan menghiburkan, membuatkan penonton semakin tidak sabar menantikan sambungan kisah mereka dalam episod 6 nanti.

Episod 4 Drama Me.N.U = Lisa Mengamuk!! Loan Tak Lulus !!


Episod 4 drama Me.N.U tampil dengan pelbagai adegan lucu dan awkward membabitkan Lisa dan Hariz.

Lisa menjadi berang selepas permohonan loannya ditolak lalu menghubungi pejabat untuk memarahi pegawai yang mengendalikan permohonannya. Namun tanpa disedari, individu yang dimarahinya itu sebenarnya Hariz sendiri. Lisa siap meminta “10 sebab” kenapa loannya tidak diluluskan sehingga mencetuskan situasi mencuit hati.

Keadaan bertambah lucu apabila mereka terserempak secara berdepan dan Lisa akhirnya menyedari Hariz ialah lelaki dalam video viral proposal kepada Alya yang pernah ditontonnya sebelum ini.

Dalam episod sama, Hariz menghantar Lisa pulang ke rumah neneknya dan situasi menjadi lebih kecoh apabila ahli keluarga Lisa mula memandang Hariz seperti calon bakal menantu.

Gabungan babak kelakar, cringe dan sweet menjadikan episod ini antara episod paling menghiburkan setakat ini dan membuatkan penonton tidak sabar menantikan sambungan seterusnya.

Sinopsis Episod 3 ME.N.U - 'Lisa Dapat Order Misteri Dari Siapa tu?


Episod 3 drama Me.N.U (2026) menyajikan pelbagai konflik menarik membabitkan hubungan, keluarga dan dunia bisnes online Lisa. Hariz cuba meluangkan masa romantik bersama Alya, namun situasi menjadi hambar apabila Alya terlalu sibuk melakukan live media sosial ketika makan malam mereka. Dalam masa sama, Lisa semakin serius mengembangkan bisnes makanan online miliknya dengan bantuan Lulu yang mencadangkan nama baru untuk laman tempahan menu masakannya.

Konflik keluarga pula tercetus apabila Leon melakukan kesilapan besar dalam firma guaman milik keluarga sehingga membuatkan ibu mereka berang dan mahu Lisa kembali bekerja di firma tersebut. Namun, Lisa kini dilihat lebih fokus kepada bisnes online yang semakin berkembang.

Paling mengejutkan, Lisa menerima tempahan besar daripada individu bergelar anak Tan Sri untuk sebuah majlis eksklusif. Walau bagaimanapun, timbul persoalan siapakah sebenarnya individu di sebalik tempahan misteri itu. Episod ini nyata membuat penonton semakin tidak sabar menantikan sambungan Me.N.U episod 4.

Sinopsis Episod 2 ME.N.U - ' Video Lisa Viral !! Alamaak !! Bos Pecat Dia weh !!


Episod kedua drama Me.N.U (2026) menyajikan pelbagai konflik emosi melibatkan Lisa, Hariz dan Alya. Lisa semakin tertekan selepas hidupnya berubah drastik apabila terpaksa meninggalkan kerja sebagai pembantu chef susulan video viral yang menjejaskan kerjayanya. Kini, dia cuba membina hidup baharu sebagai influencer namun berdepan kesukaran untuk mendapatkan perhatian di media sosial. Mujur Lulu sentiasa berada di sisi memberi semangat dan nasihat supaya Lisa tidak mudah putus asa.

Dalam masa sama, Hariz pula merancang kejutan romantik dengan menempah sebuah restoran khas untuk melamar kekasihnya, Alya. Namun, segalanya bertukar kecewa apabila Alya langsung tidak hadir. Eddie kemudian membuka mata Hariz bahawa Alya sebenarnya tidak mencintainya. Lebih menyakitkan, Alya rupanya mempunyai hubungan dengan lelaki lain tetapi masih belum berani meninggalkan Hariz kerana terlalu baik terhadapnya.

Konflik Lisa turut bertambah apabila bakal adik iparnya mahu mengadakan majlis perkahwinan di restoran tempat dia pernah bekerja tanpa mengetahui Lisa sebenarnya sudah diberhentikan kerja. Episod ini penuh drama, emosi dan kejutan yang membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.


Sinopsis Episod 1 Me.N.U - ' Lisa  Garang Sangat ! Bos Pecat Separuh Pekerja? !

Episod pertama Me.N.U memaparkan konflik panas di sebuah restoran apabila sikap garang Lisa menyebabkan empat staf berhenti kerja. Dalam masa sama, hubungan Hariss dan Puteri Awani mula diuji, manakala GM restoran membuat keputusan drastik memecat separuh pekerja akibat masalah bisnes. Drama ini penuh emosi, tekanan dan konflik yang membuat penonton ternanti-nanti episod seterusnya.

Sinopsis Drama Me.N.U

Drama ini mengisahkan Lisa Amanda (Nabila Razali), seorang wanita muda yang bercita-cita tinggi untuk bergelar chef profesional. Namun, jalannya tidak mudah apabila dia berdepan tekanan keluarga dan krisis di tempat kerja selepas cuba membela rakannya yang dibuli.


Sinopsis & Biodata Pelakon Drama Me.N.U (2026), Gandingan Nabila Razali & Andi Bernadee

Lisa kemudiannya bertemu dengan Ahmad Haris (Andi Bernadee), seorang pegawai bank yang tegas, untuk memohon pinjaman perniagaan. Pertemuan pertama yang ibarat 'anjing dengan kucing' itu mula bertukar rentak apabila takdir sering mempertemukan mereka dalam situasi yang tidak disangka.

Adakah Lisa akan berjaya mencapai impian membuka restorannya sendiri? Dan siapakah yang bakal mengisi takhta di hatinya di tengah-tengah konflik bersama kekasih Haris, Alya Nova?

Senarai Pelakon & Watak

  • Nabila Razali sebagai Lisa Amanda
  • Andi Bernadee sebagai Ahmad Haris
  • Puteri Awani sebagai Alya Nova
  • Hariz Hamdan sebagai Eddie
  • Natasya Mahyan sebagai Lulu
  • Ako Mustapha sebagai Nick Azman
  • Azizah Mahzan sebagai Jiddah

Lagu Tema (OST) Me.N.U

Menambahkan lagi kemanisan drama ini adalah lagu tema rasmi bertajuk "Esok" nyanyian Fahimi Rahmat & Firdaus Rahmat. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh mereka berdua, memberikan mood yang sangat sesuai dengan perjalanan emosi Lisa dan Haris.

Bagi anda yang terlepas tayangan perdana pada 2025 yang lalu, pastikan anda tidak terlepas menonton semula drama Me.N.U di aplikasi Tonton atau saluran TV yang berkaitan mulai Mei 2026 ini!

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.