Drama Cahaya Anak Lorong (2026): Sinopsis, Pelakon, OST, Jadual Tayangan & Info Penuh

Weh !! ada drama baru lah !! drama ni ganti dorm 403 yang dah habis tu. Drama Cahaya Anak Lorong tampil sebagai naskhah terbaru slot Samarinda TV3 yang mengetengahkan realiti kehidupan remaja terpinggir dalam masyarakat. Drama ini membawa penonton menyelami dunia anak-anak lorong yang hidup dalam kemiskinan, pengabaian keluarga serta pengaruh jenayah jalanan.

Baca juga watak balqis dalam cahaya anak lorong yang sedang menjadi bualan ramai sebab ketenangannya.

Menggabungkan elemen kekeluargaan, pendidikan, persahabatan dan perjuangan hidup, drama ini dijangka menjadi antara karya paling menyentuh hati sepanjang tahun 2026.

Drama ini mula bersiaran pada 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3 dan boleh distrim lebih awal menerusi platform Tonton.


Drama Cahaya Anak Lorong (2026): Sinopsis, Pelakon, OST, Jadual Tayangan & Info Penuh





Info Drama Cahaya Anak Lorong


Berikut merupakan info drama menarik ini. 
🎬 Info Drama: Cahaya Anak Lorong 🎬
Tajuk Drama Cahaya Anak Lorong
Episod / Slot 13 Episod | Samarinda (TV3)
Tarikh & Waktu Mulai 7 Mei 2026 (Isnin - Khamis | 10 PM)
Platform Penstriman Tonton (Streaming HD)
Live Streaming 🔴 Tonton TV3 Live Secara Percuma
Channel Telegram Join Telegram Drama >>

Episod Akhir , Episod 13 ' Bad Dapat Jumpa Adik Dia, Semua kembali Normal'

Cahaya Anak Lorong episod 13 menjadi penutup penuh emosi apabila Bad akhirnya berjaya bertemu semula dengan adiknya selepas sekian lama mencari. Namun dalam masa sama, Kimi disahkan meninggal dunia selepas dibunuh gengster sehingga membuatkan Farah dan Balqis sangat sedih dengan kehilangan tersebut.

Keadaan turut menjadi semakin tegang apabila ketua gengster masih bebas, manakala telefon milik Kimi dipercayai boleh menjadi bukti penting untuk membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes jenayah yang berlaku.


Episod 12 Cahaya Anak Lorong ' Bad dah dapat alamat adik dia, terus senyum jer muka bad.'

Cahaya Anak Lorong episod 12 menyaksikan Bad akhirnya menerima alamat terbaru adiknya selepas sekian lama mencari. Dalam masa sama, Cikgu Amir mula menemui bukti berkaitan sindiket yang mempergunakan remaja untuk melakukan jenayah, namun meminta Sofea dan Bad fokus pada peperiksaan demi impian arwah Mok.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila Kimi ditangkap kumpulan gangster selepas didakwa mencuri barang milik mereka, malah kakaknya turut dijadikan tebusan. Episod ini berakhir dengan penuh debaran menjelang episod 13.

Episod 11 Cahaya Anak Lorong ' Mok Meninggal dunia, Kimi salah target !!'

Cahaya Anak Lorong episod 11 menjadi semakin emosional apabila watak Mok dilaporkan meninggal dunia secara mengejut selepas pulang ke kampung. Berita tersebut mengejutkan Sofea, Bad dan rakan-rakan mereka yang pada awalnya sukar mempercayai perkara itu.

Kematian Mok turut menyebabkan Sofea dan Bad mahu mencari individu yang bertanggungjawab kerana mereka percaya nyawa perlu dibalas dengan nyawa. Namun, Cikgu Amir cuba menenangkan keadaan dengan mengingatkan mereka supaya tidak bertindak terburu-buru kerana perbuatan membalas dendam hanya akan menjadikan mereka sama seperti penjenayah sebenar.

Dalam masa sama, suasana sedih turut dirasai para guru di sekolah Mok apabila mereka kehilangan seorang insan yang banyak memberi semangat kepada pelajar lain. Pengetua sekolah juga meminta semua guru meneruskan perjuangan mendidik pelajar dengan semangat yang pernah ditunjukkan Mok.

Lebih mengejutkan, dalang sebenar rupa-rupanya mengarahkan Kimi untuk mencederakan individu lain, namun Mok pula menjadi mangsa keadaan. Perkara itu menyebabkan kumpulan gangster terbabit mula memburu Kimi bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Episod ini berakhir dengan penuh tanda tanya dan membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod 12 malam ini.

Episod 10 Cahaya Anak Lorong ' Cikgu Amir nak selamatkan sofea, bad dan mok. Kimi makin menekan !!'


Episod 10 Cahaya Anak Lorong penuh dengan konflik dan emosi bila Farah hilang sabar lalu menampar Kimi kerana cuba mempengaruhi Sofea ke jalan yang salah. 😤💥 Kimi kemudian membalas dengan mendedahkan dakwaan tentang sumber duit yang melibatkan Sofea, membuatkan Farah tergamam.

Dalam masa sama, Cikgu Amir mengambil langkah membawa Sofea dan rakan-rakan ke asrama demi keselamatan mereka, dan Farah akhirnya bersetuju. 🥺

Momen paling menyentuh apabila Mok gembira bila tahu ibunya mahu berhenti daripada ketagihan dadah, lalu memeluknya dengan penuh syukur. 💔

Namun Kimi masih belum berhenti apabila cuba memujuk Bad untuk kembali ke “kerja lama”, tetapi kali ini Bad mula menolak. 😱

Episod ini meninggalkan persoalan besar tentang nasib Sofea, Mok dan rancangan seterusnya Kimi.

Episod 9 Cahaya Anak Lorong ' Mok Rindu Kasih Sayang Seorang Ibu, Lebih Parah Bila Mak Dia Kini Penagih Dadah.

Episod 9 drama Cahaya Anak Lorong (2026) membawa emosi penonton ke tahap berbeza apabila kisah hidup Mok semakin menyayat hati. Kimi meminta Mok menghantar ‘barang’ seperti biasa, namun dia terkejut apabila penerima barang tersebut ialah ibu kandungnya sendiri. Pertemuan itu membuka semula luka lama apabila Mok melihat keadaan ibunya yang kini terjebak dengan dadah.

Ibunya mempersoalkan pekerjaan Mok bersama Kimi, tetapi Mok menjelaskan dia tiada pilihan demi meneruskan hidup. Dalam perbualan penuh emosi itu, Mok meluahkan rasa rindunya terhadap kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah dia rasai sepenuhnya sejak kecil.

Sementara itu, Cikgu Amir yang sudah digantung sekolah masih tetap hadir untuk membantu pelajar melalui kelas tambahan. Kehadirannya disokong beberapa guru lain termasuk aktiviti tarian bersama pelajar sekolah.

Konflik Mok dan ibunya semakin memuncak apabila Mok gagal menahan marah melihat ibunya terus hanyut dengan dadah hingga mengabaikan dirinya. Luahan Mok tentang keinginannya untuk merasa kasih sayang seorang ibu benar-benar menyentuh hati penonton.

Episod ini penuh emosi dan membuat ramai tidak sabar menantikan sambungan Cahaya Anak Lorong episod 10 malam ini.

Episod 8 Drama Cahaya Anak Lorong - ' Cikgu Amir Kena Pukul !! Fuhh Lepas tu dia putuskan hubungan dia dengan Julia '


Episod 8 drama Cahaya Anak Lorong (2026) membawa penonton ke satu lagi konflik penuh emosi apabila Julia menjadi mangsa culik akibat tindakan Cikgu Amir yang terlalu mengambil berat tentang budak-budak lorong seperti Mok, Sofea dan Bad. Situasi menjadi semakin tegang apabila Cikgu Amir turut diculik dan dipukul oleh sekumpulan gengster yang memberi amaran keras supaya dia tidak lagi masuk campur di kawasan mereka. Malah, Julia turut diugut akan dijadikan mangsa jika Amir masih berdegil membantu budak-budak tersebut.

Selepas diselamatkan, Sofea diarahkan oleh Kimi untuk membawa Cikgu Amir pulang. Amir cuba meminta maaf kepada Sofea namun gadis itu enggan mendengar dan hanya menjalankan tugasnya. Namun jelas kelihatan Amir seolah-olah menyimpan sesuatu yang ingin diluahkan kepada Sofea.


Drama Cahaya Anak Lorong (2026): Sinopsis, Pelakon, OST, Jadual Tayangan & Info Penuh


Dalam masa sama, Cikgu Amir membuat keputusan mengejut apabila nekad memutuskan hubungan dengan Julia demi keselamatan wanita itu. Julia yang terkejut tidak dapat menerima keputusan tersebut dan menyangka Amir berubah kerana budak-budak lorong itu. Namun Amir dengan tegas menjelaskan hubungan mereka benar-benar sudah berakhir.

Episod ini turut diselitkan dengan babak santai melibatkan Mok yang datang ke sekolah hanya kerana lapar. Walaupun marah dengan Amir kerana membocorkan rahsianya, Mok akhirnya kembali okay selepas dipujuk dengan makanan kegemarannya. Episod ini penuh dengan emosi, konflik dan sedikit humor yang membuatkan penonton semakin tertunggu-tunggu episod seterusnya.


Cahaya Anak Lorong Episod 7 - ' Mak Sofea mengamuk lepas cikgu Balqis ceramah dekat dia' 


Episod 7 Cahaya Anak Lorong menyaksikan ketua gengster mula mengamuk selepas gambar budak runner viral di sekolah. Mok pula hampir membuka bungkusan misteri sebelum dihalang Sofea dan Bad. Dalam masa sama, Balqis dan Farah bertelagah besar ketika membaca Yasin untuk arwah Amdi sehingga mencetuskan suasana penuh emosi dan ketegangan.

Cahaya Anak Lorong EPisod 6 - ' Cikgu Amir Kena Pukul Dengan Bad, Sofea cari BAD Tak Jumpa !!


Episod 6 drama Cahaya Anak Lorong dipenuhi konflik emosi dan ketegangan apabila Bad bertindak memukul Cikgu Amir. Mok dan Sofea mengakui tindakan Bad keterlaluan, namun mereka percaya Bad mungkin terlalu terkesan dengan kisah silam melibatkan adiknya sehingga hilang kawalan.


Drama Cahaya Anak Lorong (2026): Sinopsis, Pelakon, OST, Jadual Tayangan & Info Penuh



Selepas kejadian itu, Bad terus menghilangkan diri. Sofea dan Cikgu Amir cuba mencarinya tetapi gagal. Sofea mula mengesyaki Bad takut ditangkap polis kerana insiden tersebut. Namun tanpa pengetahuan mereka, Cikgu Amir sebenarnya sudah meminta pengetua memadam rakaman CCTV supaya Bad tidak dikenakan tindakan.

Dalam masa sama, teman wanita Cikgu Amir mencetuskan kontroversi apabila membuat podcast mengenai seorang guru yang bekerja di lorong demi mengajar kanak-kanak terabai. Tindakan itu dipercayai bertujuan memalukan Cikgu Amir dan anak-anak lorong tersebut.

Hubungan Cikgu Amir dengan budak-budak lorong juga semakin rapat apabila dia mengakui semakin menyayangi mereka. Momen santai antara Sofea dan Cikgu Amir turut mencuit hati apabila Sofea bertanya sama ada dia masih akan diberi duit jika kembali bersekolah.

Sementara itu, konflik keluarga Sofea semakin memuncak apabila ibunya membakar barang-barang miliknya kerana tidak mahu menyimpan hasil daripada duit haram. Sofea sangat kecewa kerana dia bersusah payah bekerja untuk mendapatkan semua itu.

Episod ini turut menimbulkan tanda tanya apabila Kimi mendesak Mok menghantar “barang” secepat mungkin selepas Sofea gagal muncul. Situasi itu memberi bayangan sesuatu yang lebih besar bakal berlaku dalam episod seterusnya.



Episod 5 Cahaya Anak Lorong- 'Girlfriend cikgu amir sound pengetua sekolah, Cikgu Amir Berjaya satukan Budak-Budak Nakal tau !'


Episod 5 drama Cahaya Anak Lorong memaparkan konflik yang semakin serius melibatkan Kimi, Bad dan Cikgu Amir. Kimi mula menunjukkan perubahan apabila dia memberitahu kakaknya bahawa wanita itu tidak perlu lagi bekerja di kantin sekolah kerana dia kini mempunyai banyak duit. Namun cara Kimi memperoleh wang tersebut mula menimbulkan tanda tanya kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan tidak baik.

Dalam masa sama, Bad dilihat semakin tertekan apabila teringatkan adiknya yang kini dijaga oleh orang lain di Johor Bahru. Sofea akhirnya mengetahui bahawa Bad bekerja keras mencari duit kerana mahu pergi bertemu adiknya semula.



Drama Cahaya Anak Lorong (2026): Sinopsis, Pelakon, OST, Jadual Tayangan & Info Penuh


Sementara itu, Cikgu Amir cuba membantu pelajar-pelajarnya berubah dengan membawa mereka menyertai aktiviti luar sekolah. Usaha tersebut berjaya menggembirakan pelajar dan memberi semangat untuk kembali fokus belajar. Namun keadaan menjadi tegang apabila teman wanita Cikgu Amir datang ke sekolah dan bertemu pengetua. Pengetua memberi amaran supaya dia tidak lagi membuat kandungan media sosial di kawasan sekolah sehingga menyebabkan wanita itu marah dan membayangkan Cikgu Amir sendiri mahu berpindah dari sekolah tersebut.

Episod ini membuatkan penonton mula tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang berlaku di sekolah berkenaan serta rahsia di sebalik duit yang dimiliki Kimi.


Episod 4 Cahaya anak lorong - ' Mok Pukul Bapa Dia sebab pukul Sofea !! Kejam Betul Bapa dia !! ' 



Episod 4 drama Cahaya Anak Lorong menyaksikan Cikgu Amir terus berusaha mendekati pelajar-pelajar bermasalah dengan cara yang luar biasa. Kali ini, dia menawarkan ganjaran wang tunai kepada pelajar kaki ponteng sebagai motivasi untuk hadir ke sekolah dan lulus ujian asas 3M. Tawaran itu berjaya menarik perhatian geng Sofea yang mula bersemangat untuk belajar demi mendapatkan hadiah wang tersebut.

Namun, suasana menjadi lucu apabila Sofea secara spontan mengenakan syarat tambahan kepada Cikgu Amir. Dia menyuruh cikgu itu berlari sambil memakai boxer jika mungkir janji, selain memaksa Cikgu Amir mengaku bahawa dirinya cantik dan tidak menipu. Sikap Sofea yang kasar dan selamba terhadap gurunya itu membuatkan ramai penonton terhibur.

Dalam masa sama, konflik lain turut berlaku apabila Mok hampir dipukul oleh Kimi kerana gagal menyelesaikan tugasan yang diarahkan. Sofea segera campur tangan dan menyerahkan duit hasil penghantaran barang tersebut sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Walaupun Mok marah kerana Sofea terlalu mencampuri urusannya, Sofea sebenarnya hanya mahu melindunginya daripada terjebak dengan perangai jahat Kimi.

Namun episod ini bertukar menjadi lebih emosional apabila ibu Sofea dipukul oleh ayah Mok kerana masuk campur dalam urusan keluarga mereka. Keadaan menjadi tegang apabila ayah Mok bertindak kasar terhadap Sofea sehingga Mok hilang sabar lalu melawan ayahnya sendiri demi mempertahankan Sofea dan ibunya.


Episod 3 Cahaya Anak Lorong ' Cikgu Amir Mula Dekat Dengan Pelajar, Sofea Kena Pukul !


Episod 3 drama Cahaya Anak Lorong semakin menyentuh hati apabila Cikgu Amir mula berjaya mendekati pelajar-pelajar sekolah yang sebelum ini terkenal nakal dan bermasalah. Mok dan Sofea kini semakin selesa belajar bersama Cikgu Amir, namun Bad masih belum dapat menerima kehadiran guru muda itu dan terus bersangka buruk terhadap setiap tindakannya.

Dalam episod kali ini, guru-guru lain mula kecewa apabila jangkaan mereka bahawa Cikgu Amir tidak mampu bertahan di sekolah tersebut ternyata meleset. Malah, Cikgu Amir semakin disayangi pelajar walaupun sering berdepan pelbagai cabaran.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Cikgu Amir menghadiahkan sepasang kasut kepada salah seorang pelajar. Mok melihat pemberian itu sebagai tanda keikhlasan, tetapi Bad pula menganggap Cikgu Amir mempunyai niat tersembunyi di sebalik bantuan tersebut.


Drama Cahaya Anak Lorong (2026): Sinopsis, Pelakon, OST, Jadual Tayangan & Info Penuh



Sementara itu, Sofea sekali lagi diganggu oleh seorang lelaki yang mempunyai hutang dengannya. Cikgu Amir cuba membantu dan menghalang lelaki itu daripada mencederakan Sofea, namun Sofea enggan menerima pertolongan dan meminta Cikgu Amir menjauhkan diri.

Namun, tanpa disangka Cikgu Amir mengekori Sofea secara senyap hingga ke rumahnya. Di situlah dia akhirnya mengetahui kehidupan sebenar Sofea yang selama ini memendam kesusahan sendiri demi menjaga ibunya yang lumpuh. Momen paling menyentuh hati berlaku apabila Sofea menghadiahkan kek daripada jamuan kelas kepada ibunya sebagai kejutan kecil yang penuh kasih sayang. Tindakan itu benar-benar membuatkan Cikgu Amir sebak dan tersentuh melihat pengorbanan Sofea terhadap keluarganya.

Episod 2 Cahaya Anak Lorong ' Mok Kena Belasah Lagi, Sofea Naik Angin Sampai Nak Cucuk Orang!'


Episode 2 Cahaya Anak Lorong memaparkan kehidupan Mok yang terus menjadi mangsa penderaan bapanya walaupun lelaki itu baru sahaja dibebaskan dengan ikat jamin oleh isterinya. Sofea yang melihat keadaan Mok mula hilang sabar dan mahu membalas dendam terhadap bapa Mok, namun dihalang oleh Mok sendiri kerana takut keadaan menjadi lebih buruk.

Dalam masa sama, Cikgu Amir semakin tertekan apabila berdepan pelajar-pelajar bermasalah di sekolahnya. Dia mula mempersoalkan kemampuan dirinya sebagai seorang guru dan terkenang semula impian asalnya untuk menjadi pendidik seperti tok wan yang sangat dihormatinya.

Konflik semakin memuncak apabila Sofea mengamuk di warung gara-gara hutang yang tidak dibayar. Bad cuba menenangkan Sofea dan sanggup membantu menyelesaikan masalah kewangan gadis itu. Namun tindakan Bad dan Mok mencuri telefon serta dompet orang lain akhirnya membawa mereka ke dalam masalah baru selepas perbuatan mereka hampir disedari Cikgu Amir.

Episode kali ini penuh dengan emosi, konflik kehidupan remaja dan cabaran seorang guru dalam mendidik pelajar bermasalah.


Episod 1 Drama Cahaya Anak Lorong. ' Nak Minum Teh O pun nak mencuri ?! 


Episod pertama drama Cahaya Anak Lorong memperkenalkan kehidupan sukar Bad dan Mok yang hidup dalam kemiskinan sehingga terpaksa mencuri untuk mendapatkan duit. Mereka nekad mencuri dompet seorang lelaki kaya selepas buntu memikirkan cara mendapatkan wang walaupun hanya untuk membeli minuman.

Dalam masa sama, Cikgu Amir ditempatkan di sebuah sekolah yang menempatkan anak-anak yang kurang perhatian daripada ibu bapa mereka. Namun dia tidak menyukai penempatan tersebut dan menganggap sekolah itu dipenuhi pelajar yang lemah dalam pelajaran.

Turut dipaparkan ialah Sofea yang sedang terdesak mencari duit untuk membeli ubat ibunya yang sakit. Dia cuba meminta bantuan Bad dan Mok, namun kedua-duanya baru sahaja dipukul akibat kegiatan mencuri mereka.

Drama ini mengetengahkan realiti kehidupan anak-anak lorong yang hidup dalam kemiskinan dan kurang kasih sayang keluarga sehingga terpaksa melakukan perkara yang salah untuk terus bertahan hidup.

                 Sinopsis Drama Cahaya Anak Lorong

Drama Cahaya Anak Lorong mengisahkan perjalanan hidup Cikgu Amir lakonan Izzue Islam yang dipindahkan ke Sekolah Bimbingan Kasih (SBK), sebuah sekolah yang menempatkan pelajar bermasalah dan remaja yang sering dipinggirkan masyarakat.

Pada awalnya, Cikgu Amir langsung tidak berminat untuk berada di sekolah tersebut. Baginya, pelajar-pelajar di SBK sukar dibentuk dan tiada masa depan. Dia hanya mahu keluar secepat mungkin daripada sekolah itu.

Namun segalanya berubah apabila dia mula mengenali kehidupan sebenar pelajarnya.

Antara pelajar yang sering mencetuskan masalah ialah Sofea, Bad dan Mok. Mereka hidup di lorong-lorong kota tanpa perhatian keluarga dan terpaksa melakukan pelbagai perkara termasuk mencuri demi meneruskan hidup.

Sofea pula dikenali sebagai remaja yang keras kepala dan sering memberontak terhadap guru-guru di sekolah termasuk Cikgu Amir yang dianggap terlalu “kekwat”.

Drama Cahaya Anak Lorong (2026): Sinopsis, Pelakon, OST, Jadual Tayangan & Info Penuh


Dalam masa sama, kemunculan Hakimi menambahkan lagi bahaya kepada kehidupan mereka. Hakimi menggunakan remaja jalanan sebagai keldai dadah dan mula mempengaruhi anak-anak lorong tersebut untuk terjebak lebih jauh dalam dunia jenayah.

Keadaan menjadi semakin mencabar apabila Cikgu Amir diberi syarat untuk memastikan pelajar-pelajar di SBK lulus ujian 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sebelum permohonannya untuk berpindah sekolah dipertimbangkan.

Dari situlah bermulanya perjalanan penuh emosi apabila Cikgu Amir mula memahami kesusahan dan penderitaan hidup anak-anak lorong yang selama ini dipandang rendah masyarakat.


Senarai Pelakon Drama Cahaya Anak Lorong

Pelakon Utama

  • Izzue Islam sebagai Cikgu Amir
  • Ranea Ezreen sebagai Sofea
  • Fariz Isqandar sebagai Bad
  • Azrell Iskandar sebagai Mok
  • Areef Amran sebagai Hakimi

Pelakon Lain

  • Syad Mutalib sebagai Balqis
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Farah
  • Shazia Rozaini sebagai Julia
  • Shah Faris sebagai Pian
  • Adam Corrie sebagai Zulkarnain

OST Drama Cahaya Anak Lorong

Drama ini turut dikuatkan dengan lagu tema yang menyentuh emosi berjudul Perjalanan nyanyian Ernie Zakri bersama Andi Rianto.

Lagu Perjalanan
Penyanyi Ernie Zakri & Andi Rianto
Komposer Andi Rianto
Penulis Lirik Andi Rianto & Ernie Zakri

Lagu ini sangat sesuai dengan tema drama yang memaparkan perjalanan hidup penuh cabaran dan harapan anak-anak yang mahu keluar daripada kehidupan gelap lorong.


Kenapa Drama Cahaya Anak Lorong Menarik?

1. Angkat Isu Remaja Terpinggir

Drama ini mengetengahkan realiti kehidupan remaja yang kurang perhatian keluarga dan terjebak dengan masalah sosial akibat kemiskinan serta pengaruh persekitaran.

2. Jalan Cerita Sarat Emosi

Hubungan antara guru dan pelajar menjadi elemen utama yang memberi banyak pengajaran kepada penonton mengenai kasih sayang, peluang kedua dan pendidikan.

3. Barisan Pelakon Mantap

Gabungan pelakon berpengalaman seperti Izzue Islam bersama bakat muda menjadikan drama ini lebih segar dan realistik.

4. Tema Kehidupan Jalanan Yang Dekat Dengan Realiti

Penonton dapat melihat bagaimana tekanan hidup mampu memaksa remaja melakukan perkara yang salah demi meneruskan kehidupan.


Waktu Tayangan Drama Cahaya Anak Lorong

Jangan lupa saksikan drama Cahaya Anak Lorong mulai 7 Mei 2026 setiap:

  • Hari: Isnin hingga Khamis
  • Waktu: 10:00 malam
  • Saluran: TV3 (Slot Samarinda)

Penonton juga boleh menonton episod baharu lebih awal menerusi:

Tonton


Kesimpulan

Drama Cahaya Anak Lorong bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah naskhah yang membawa mesej mendalam mengenai kehidupan remaja yang sering dipinggirkan masyarakat.

Melalui watak Cikgu Amir, Sofea, Bad dan Mok, drama ini memperlihatkan bahawa setiap anak muda sebenarnya mempunyai potensi jika diberi perhatian, kasih sayang dan peluang kedua.

Dengan jalan cerita yang penuh emosi, konflik kehidupan jalanan dan mesej kemanusiaan yang kuat, Cahaya Anak Lorong dijangka menjadi antara drama paling menyentuh hati dalam slot Samarinda TV3 tahun ini.

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.