Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 10 Dah Dikemaskini.

Drama terbaru TV3 bertajuk Bayangan Lelaki Sempurna bakal menjadi perhatian penonton apabila menghiasi Slot Akasia bermula April 2026. Drama ini dijangka menggantikan Khianat Yang Terpilih yang sebelum ini mendapat sambutan hangat.

Menampilkan gandingan popular Adam Lee dan Sweet Qismina, drama ini dijangka membawa kisah penuh emosi, konflik keluarga dan percintaan yang menyentuh hati.

Berikut adalah info lengkap drama Bayangan Lelaki Sempurna.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Info Drama Bayangan Lelaki Sempurna

Judul: Bayangan Lelaki Sempurna
Genre: Drama, Keluarga
Pengarah: Ejump Mohd
Penulis Skrip: Rozie Rashid
Terbitan: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Nur Syafiqa Wan Zamri

Penerbit:

  • Wan Zamri Wan Abdul Kadir
  • Fouziah Abdul Rahman
  • Juliana Mazlan

Jumlah Episod: 28 Episod
Durasi: 42 Minit
Bahasa: Bahasa Melayu
Negara: Malaysia


Tarikh Tayangan Bayangan Lelaki Sempurna

Drama Bayangan Lelaki Sempurna akan mula bersiaran pada:

📅 Tarikh: 9 April 2026
📺 Saluran: TV3
🕖 Slot: Slot Akasia
📆 Hari: Isnin – Jumaat
Masa: 7:00 malam

Drama ini menggantikan Khianat Yang Terpilih yang sebelum ini menghiasi slot tersebut.


Senarai Pelakon Bayangan Lelaki Sempurna

Drama ini menampilkan barisan pelakon popular dan berbakat seperti:

  • Adam Lee sebagai Ammar / Luth Zafran
  • Sweet Qismina sebagai Zara
  • Nadia Brian sebagai Sabiran
  • Syazuwan Hassan sebagai Iqbal
  • Wanns Ahmad sebagai Fendi
  • Riena Diana sebagai Dahlia
  • Zazzleen Zulkafli sebagai Zulin
  • Maya Fathia sebagai Aqish
  • Apich Lo sebagai Kael
  • Lolly Sam's sebagai Qistina Maisara
  • Josiah Hogan sebagai Mukhlis
  • Aleza Shadan sebagai Puan Karina
  • Iman Zulkarnaian sebagai Rafiq
  • Firdaus Ghufran

Sinopsis Bayangan Lelaki Sempurna

Sinopsis drama Bayangan Lelaki Sempurna akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas episod pertama ditayangkan.

Drama ini dijangka mengangkat kisah konflik kehidupan, percintaan dan pengorbanan yang menyentuh emosi penonton Slot Akasia.

Dengan gandingan pelakon popular serta jalan cerita yang dijangka penuh dramatik, drama ini berpotensi menjadi antara drama trending TV3 tahun 2026.


Episod 1 Bayangan Lelaki Sempurna.


Episod pertama Bayangan Lelaki Sempurna membuka jalan cerita dengan konflik keluarga dan emosi yang menyentuh hati penonton. Aku dah tengok dah sendiri dan memang sedih tetapi masih terlalu awal untuk bermain dengan emosi kita sebab ada beberapa perkara yang belum muncul dari episod pertama ni. 


Lia berdepan dilema apabila bapanya mahu dia bekerja di syarikat keluarga kerana Lia merupakan satu-satunya pewaris. Namun, Lia kini sedang membantu menguruskan kedai milik ibunya dan meminta masa untuk membuat keputusan. Bapanya pula memberi tekanan supaya Lia tidak mengambil masa terlalu lama, sekali gus menimbulkan konflik antara tanggungjawab keluarga dan impian sendiri.


Dalam masa sama, penonton diperkenalkan dengan Ammar, seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya, Aqish, dengan penuh kasih sayang. Walaupun hidup sederhana, Ammar berusaha memastikan Aqish mendapat kehidupan yang baik.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Namun, situasi menjadi lebih menyentuh hati apabila Aqish meluahkan keinginannya untuk mempunyai seorang ibu seperti rakan-rakannya. Ammar cuba menenangkan anaknya dengan mengatakan ibu Aqish sibuk dan mereka akan bertemu suatu hari nanti, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton.


Episod pertama turut menampilkan babak misteri apabila Zara cuba melihat seseorang yang mencurigakan. Kemunculan lelaki misteri itu menambahkan lagi persoalan dan membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah individu tersebut dan apakah kaitannya dengan watak utama.


Secara keseluruhannya, episod pertama drama ini berjaya menarik perhatian dengan gabungan konflik keluarga, kisah menyentuh hati dan elemen misteri yang membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.


Bayangan Lelaki Sempurna Episod 2


Episod 2 drama Bayangan Lelaki Sempurna semakin menarik apabila beberapa konflik mula berkembang dalam kehidupan watak utama. Serius weh, aku tengok malam tadi memang menyirap dengan si Iqbal tu.. macam ada something jerr dia.. Si Zara tu tak yah cakap lah berangan tengok crush dari tangga rumah flat diorang tu.. hahaha sekali kantoi pula dengan mak dia.. haha

Iqbal datang menemui Lia untuk mengajaknya keluar makan, namun Lia menolak kerana sudah mempunyai janji bersama ibunya, Puan Karina. Walaupun Lia memberi peluang kepada Iqbal untuk menyertai mereka, Iqbal memilih untuk tidak mengikut dan menganggap tiada rezeki untuk mereka meluangkan masa bersama.

Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Dalam masa yang sama, Aqish berasa sedih apabila melihat ayahnya bekerja siang dan malam demi mencari rezeki. Zara cuba menenangkan Aqish dengan menjelaskan bahawa pengorbanan tersebut adalah tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Sementara itu, konflik rumah tangga antara Sabiran dan Mukhlis semakin tegang apabila Mukhlis menghalang Sabiran keluar rumah. Mukhlis mula menuduh Sabiran ingin melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya walaupun dia sudah menyediakan kehidupan yang selesa untuk isterinya.

Pertelingkahan mereka semakin serius dan membuka lebih banyak persoalan mengenai hubungan sebenar mereka.

Episod seterusnya dijangka lebih dramatik apabila konflik antara watak-watak ini semakin memuncak.

Ringkasan Episod 3

Episod 3 Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik emosi semakin memuncak apabila Sabira berdepan dengan sikap biadap anak-anak tirinya.

Sabira terkejut apabila dua anak tirinya tiba-tiba datang ke rumah tanpa sebarang pemberitahuan. Kehadiran mereka yang tidak dijangka itu pada awalnya memberi harapan bahawa hubungan mereka mungkin semakin baik. Namun keadaan bertukar tegang apabila kedua-dua anak tiri tersebut dengan berani menyatakan bahawa mereka tidak pernah menganggap Sabira sebagai ibu tiri mereka.

Kata-kata tersebut jelas menyakitkan hati Sabira yang selama ini cuba menerima mereka dengan baik walaupun berdepan pelbagai cabaran.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini


Sementara itu, perkembangan lain menunjukkan hubungan antara Amar dan anaknya Aqish semakin rapat dengan Zara dan Mak Lin.

Aqish dilihat semakin selesa berada di rumah Zara dan memuji masakan yang disediakan. Malah, Aqish secara berseloroh menyatakan bapanya sering memasak telur goreng sahaja di rumah mereka.

Amar juga mengucapkan terima kasih kepada Zara kerana membantu menjaga Aqish ketika dia bekerja. Zara pula menyatakan bahawa dia sudah menganggap Aqish seperti adiknya sendiri, sekali gus menunjukkan hubungan mereka semakin rapat.

Ringkasan Episod 4


Episod 4 menyaksikan Amar semakin terkenal selepas content yang dihasilkannya tular di media sosial. Dia mula membuat review makanan dan jumlah pengikutnya meningkat dengan pantas. Namun populariti tersebut menyebabkan Zara mula berasa cemburu apabila ramai gadis mula meminati Amar.

Dalam masa sama, Amar mula mengabaikan kerja hakikinya sebagai penjual ikan apabila dia masuk lambat kerana terlalu fokus kepada dunia content creator. Episod ini berakhir dengan persoalan sama ada Amar mampu mengimbangi populariti dan tanggungjawabnya.


Ringkasan Episod 5 — Bayangan Lelaki Sempurna

Episod 5 drama Bayangan Lelaki Sempurna semakin menarik apabila konflik emosi dan misteri mula berkembang dalam kalangan watak utama. tapi aku tak suka sebab jalan cerita ni slow sangat tau.. asyik ada scene buat live jer.. haha aku pun tak tahu, harap lepas ni ada yang menarik lah kan..

Episod dimulakan dengan Sabira yang menonton video Amar di TikTok sebelum situasi menjadi tegang apabila suaminya merampas telefon selepas Sabira memuji Amar sebagai lelaki hensem. Sabira cuba menenangkan keadaan dengan menjelaskan bahawa dia pernah memuji suaminya seperti itu dahulu, namun jawapan suaminya yang mengatakan Sabira hanya memuji kerana wang benar-benar memberi kesan emosi kepada penonton.

Sementara itu, Amar semakin mendapat perhatian apabila membuat siaran langsung menjual produk dan menerima sokongan ramai penonton. Populariti Amar turut menjadi bahan perbualan Zara dan rakannya. Zara hampir terlepas cakap apabila mengatakan dia boleh mendapatkan barang daripada Amar secara percuma kerana rapat dengannya, namun berjaya mengubah cerita pada saat akhir.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Dalam masa sama, Lia pula berkunjung ke pejabat bapanya. Bapanya masih berharap Lia menyertai syarikat keluarga, namun Lia masih memerlukan masa untuk membuat keputusan penting tentang masa depannya.

Kemuncak episod berlaku apabila Amar membuat live di kedai burger rakannya. Seorang penonton meninggalkan komen mengatakan wajah Amar sangat mirip seseorang bernama Luth Zafran, sekali gus menimbulkan misteri baharu dalam drama ini.

Apa pula yang akan terjadi nanti? jangan lupa saksikan episod 6 bayangan lelaki sempurna tau. 

Bayangan Lelaki Sempurna Episod 6.

Episod 6 Bayangan Lelaki Sempurna semakin menarik apabila kehidupan Amar mula berubah sedikit demi sedikit. Bermula dengan kedatangan Ijat ke kedai ikan Amar di pasar, berita baik mula muncul apabila sebuah kedai nasi lemak mahu Amar membuat review.

Peluang ini jelas membuka ruang baharu buat Amar yang kini mula dikenali ramai. Lebih menarik, Amar turut bertemu Aleya buat pertama kali di salon milik ibu Aleya. Namun Amar menggunakan identiti Luth Zafran kerana tidak mahu dikenali.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini


Aleya yang mengetahui Luth merupakan TikToker terkenal tidak melepaskan peluang apabila terus mengambil nombor telefon Amar untuk kerjasama promosi. Pertemuan pertama ini jelas menjadi permulaan hubungan profesional antara mereka.

Dalam masa sama, konflik keluarga Zara semakin memuncak apabila ibunya mendapat tahu Sabira kembali mencari Aqish. Perkara itu membuatkan mereka risau kemungkinan Aqish akan diambil kembali.

Sementara itu, Sabira pula semakin berang dengan sikap anak tirinya yang dianggap tidak menghormatinya, sekali gus menambah lagi konflik dalam episod ini.

Episod 6 diakhiri dengan Amar dan Aleya akhirnya bekerjasama mempromosikan produk kecantikan. Nampaknya kehidupan Amar semakin berubah.

Apa pula yang bakal berlaku seterusnya? Jangan lupa saksikan episod 7 Bayangan Lelaki Sempurna malam ini!

Bayagan lelaki sempurna episod 7.

Jujur aku cakap, episod kali ni aku nampak perubahan ketara untuk amar. Dia ni makin teruk sejak ada banyak job kan.. aku meluat betul tengok scene dia jerkah si aqish tu... geram gila tau. korang yang belum tengoklagi tu, boleh baca ringkasan ni ya. 

Episod 7 Bayangan Lelaki Sempurna memaparkan konflik emosi antara Amar dan Aqish apabila Amar tanpa sengaja meninggikan suara akibat keletihan. Aqish yang terkejut menangis sebelum Amar segera memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan tersebut.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini


Sementara itu, Fendi bertemu Zara ketika menghantar makanan dan berkongsi tentang kerinduannya terhadap anaknya. Dalam perkembangan lain, Aleya menerima rezeki besar apabila jualan produknya meningkat mendadak selepas dipromosikan oleh Luth Zafran dalam siaran langsung.

Fendi kemudian datang memujuk Aqish dan berjaya menceriakan kembali suasana. Episod ini memperlihatkan perkembangan emosi watak serta konflik yang semakin menarik menjelang episod seterusnya.


Episod 8 Bayangan Lelaki Sempurna.


Episod 8 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik semakin memuncak apabila Iqbal mula cemburu melihat hubungan rapat Aleya dengan Luth Zafran. Aleya bagaimanapun menegaskan bahawa Iqbal tidak berhak mencampuri urusannya, sekali gus mencetuskan ketegangan antara mereka.

Episod kali ni kurang menarik kan.. entahlah, nampak slow sangat.. mungkin watak amar tu kot dia cakap slow-slow jadi kita pun rasa macam jalan cerita ni meleret tapi best. 

Dalam masa sama, Amar dan Zara pula terpalit dengan tuduhan bersekedudukan selepas penduduk flat membuat laporan kepada Tok Imam. Namun situasi sebenar hanyalah salah faham kerana Zara hanya datang menghantar barang untuk anak Amar.

Episod ini memperlihatkan hubungan antara watak utama semakin rumit dan membuka ruang kepada konflik lebih besar dalam episod akan datang.

Drama Bayangan Lelaki Sempurna Episod 9

Episod 9 Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik emosi Ammar semakin berat apabila dia dimarahi Abang Aziz kerana datang lewat sejak menjadi influencer. Teguran di hadapan orang ramai membuatkan Ammar terasa tidak dihargai walaupun sudah lama bekerja bersama Abang Aziz.

Ammar kemudian meluahkan perasaan kepada Fendi, namun rakannya itu berpendapat Ammar perlu menerima teguran kerana Abang Aziz adalah bos. Dalam masa yang sama, Sabira muncul semula dan cuba bertemu Ammar, tetapi Fendi menghalangnya bagi mengelakkan Ammar semakin tertekan.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 10 Dah Dikemaskini.



Sabira bagaimanapun tetap berkeras dan memberi bayangan bahawa dia mengetahui identiti sebenar Luth Zafran. Sementara itu, Ammar yang menggunakan identiti Luth Zafran dilihat makan tengah hari bersama Aleya dan ibunya, sekali gus membuka peluang hubungan mereka menjadi lebih rapat.

Episod ini menimbulkan persoalan besar sama ada rahsia Ammar akan terbongkar dan apakah sebenarnya tujuan Sabira kembali dalam hidupnya. 


Drama Bayangan Lelaki Sempurna Episod 10

Episod 10 Bayangan Lelaki Sempurna menyajikan konflik yang semakin memuncak antara Amar dan Sabira. Kehadiran Sabira ke flat Amar mencetuskan pertelingkahan apabila dia menuntut hak penjagaan anak mereka, Aqish.

Amar yang masih terluka dengan keputusan Sabira meninggalkan anak mereka sebelum ini, cuba mempertahankan haknya sebagai penjaga. Namun keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabira mendedahkan bahawa dia mengetahui rahsia besar Amar yang menyamar sebagai Luth Zafran.

Ugutan Sabira untuk membongkar identiti tersebut meletakkan Amar dalam dilema — antara melindungi rahsia atau mempertahankan anaknya. Dalam masa sama, Amar cuba mengelakkan konflik daripada memberi kesan kepada Aqish dengan mendapatkan bantuan rakan-rakannya.

Walaupun berat hati, Amar akhirnya membenarkan Aqish bertemu ibunya. Namun tekanan terus berlanjutan apabila Sabira tidak berhenti mendesak untuk bertemu lagi.

Episod ini sarat dengan emosi, konflik keluarga dan rahsia yang bakal mengubah segalanya, menjadikan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.


Kenapa Bayangan Lelaki Sempurna Jadi Tumpuan?

Antara sebab drama ini dinantikan:

✅ Gandingan popular Adam Lee & Sweet Qismina
✅ Menggantikan drama trending Khianat Yang Terpilih
✅ Slot Akasia yang terkenal dengan drama viral
✅ Barisan pelakon berpengalaman
✅ Jalan cerita dijangka penuh konflik dan emosi


Fakta Menarik Bayangan Lelaki Sempurna

  • Drama ini mempunyai 28 episod
  • Durasi setiap episod sekitar 42 minit
  • Ditayangkan di Slot Akasia TV3
  • Terbitan Zamriez Golden Pictures
  • Mula siaran 9 April 2026

Kesimpulan

Drama Bayangan Lelaki Sempurna dijangka menjadi drama baharu yang mencuri perhatian penonton TV3.

Dengan gabungan pelakon popular seperti Adam Lee dan Sweet Qismina, drama ini berpotensi menjadi antara drama paling trending tahun 2026.

Jangan lupa saksikan Bayangan Lelaki Sempurna bermula 9 April 2026 di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.


FAQ Bayangan Lelaki Sempurna

Bila drama Bayangan Lelaki Sempurna mula tayang?
9 April 2026 di TV3.

Berapa episod drama ini?
Sebanyak 28 episod.

Siapa pelakon utama?
Adam Lee dan Sweet Qismina.

Slot apa drama ini ditayangkan?
Slot Akasia TV3.

إرسال تعليق for "Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 10 Dah Dikemaskini."