Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju (2020)

Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju (2020). Pelakon kacak 'Adam Lee' merupakan salah seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik. Ramai peminat adam lee ni tau. hehe. Terbaru Adam Lee ada berlakon dalam drama bidadari salju bersama dengan sweet qismina. Best tau drama tu. Berikut merupakan Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju (2020).


Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju (2020)


Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju (2020)


Jejaka kacak ini merupakan pemilik nama penuh Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee dan lebih dikenali sebagai Adam Lee. Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Oktober 1994. Kini berusia 26 tahun.

Adam Lee merupakan Sepupu kepada aktres Janna Nick dan pernah menyertai Hero Remaja 2017. Dia juga mula menjadi pelakon pada tahun 2014.

Antara drama yang viral adalah drama rantaian, Lara Aishah, Seharum Mawar dan Dendam Aurora. Selain itu, Adam Lee juga pernah membintangi filem seram, Ia Wujud arahan Dharma Aizat pada 2014.

Jom Follow Instagram Adam Lee (klik). 

Pembabitan di kaca televisyen menerusi drama Tanah Kubur musim kesepuluh sebagai watak Jamal, siaran saluran Astro Oasis, Cinta Ilahi (watak Johan, TV3), Menongkah Kasih (watak Jo, TV9), Satu Cinta (watak Ariff, TV1), Lara Aishah (watak Daniel, Astro Prima), Sayang Papa Saya Tak (watak Adam, Astro Ria), Seharum Mawar (watak Fahim, TV1).

Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju (2020)


Drama lain seperti Dendam Aurora (watak Reza, Astro Prima), Duda Pujaan Dara (watak Angah, TV3), Raisha (watak Andy, TV3), Klik! Pengantin Musim Salju (watak Hud Mikael, Astro Ria), Sejuta Rasa Buat Adelia (watak Hafidz, Astro Ria) dan terkini, Curi-Curi Cinta (watak Badrul, Astro Ria). Termasuk telefilem Dorm, Aku dan Adik dan Cinta Bae Kicap.

Banyak dah drama lakonan Adam Lee, Cuma mungkin ramai tak perasan kualiti lakonan dia sebelum ni. Tapi dengan kemunculan sebagai watak utama dalam drama akan meningkatkan lagi value adam sebagai pelakon.

Semoga berjaya buat adam lee.



Previous Post Next Post