Kembar Sado | Sinopsis Filem

Pertama kali, nak tengok filem Kembar Sado ni sebab utamanya adalah Aedy Ashraf bawa dua watak seiras tersebut sekali gus. macam mana agaknya kan.

Selain Aedy ada pelakon lain yang terlibat dalam filem ini antaranya adalah Rosnah Johari, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.


Kalau korang nak tengok filem ni, tak perlu ke pawagam! cukup menonton di saluran Astro First 480! Senang dan mudah. Balik kerja terus boleh tengok kan.



Aku nak kongsikan mengenai telefilem pergilah cinta yang dibintangi oleh Fahrin Ahmad dan juga Diana Danielle yang mengetengahkan kecurangan isteri walaupun suami sangat baik dengannya.

 

Kembar Sado | Sinopsis Filem



Sinopsis Kembar Sado


Filem ini mengisahkan tentang Kassim dan juga Roy. Mereka berdua ni memang adik beradik seiras tetapi mereka dipisahkan sejak kecik kerana kematian ibu dan bapa mereka.


Punca ibu dan ayah mereka meninggal adalah kerana terlibat dengan kemalangan. Jadi lepas tu mereka di serahkan kepada orang yang mahu menjaga mereka.


Kassim dijaga oleh guru agama, manakala Roy dijaga oleh gengster. Ini membuatkan kehidupan mereka menjadi betul-betul berbeza.


Roy sangat dekat dengan gengster dan menjadi mangsa kepada pengutip hutang Ah Long. Sehingga dia menjadi buruan mereka.


Bila Roy tahu dia mempunyai abang, maka dia nekad mencari kassim dan ingin meminta dia menolongnya membayarkan hutang mereka. 


Dapatkah pasangan seiras yang sado ni bertemu semula? 


Info dan Pelakon


Senarai pelakon kembar sado terdiri daripada Aedy Ashraf sebagai Roy dan Kassim. manakala pelakon lain seperti Rosnah Johari, Haeriyanto Hassan, Saiful Wazien, Razzuan Rosli dan Baihaqi Majid. 


Kita juga ada pelakon lain seperti Sadiq M. Jamil, Adam Eji AS Sepat, Nik Rifaie, Nizam Kama dan Rafique Iskandar.


Filem ini bergenre komedi dan pasti membuatkan korang tak kering gusi menonton telatah mereka dalam cerita ini. 


Tayangan: 9 Mei 2024

Pengarah: Norhanisham Muhammad (Labu)

Produksi: Multimedia Entertainment


Kalau belum tengok lagi tu, korang boleh tonton di saluran Astro first secepat mungkin ya. Takut nanti dah habis tayangan rugi pulak korang kan.


Harapnya, filem ini dapat memberi pengajaran kepada penonton dan filem kembar sado boleh diterima masyarakat malaysia. Selamat menonton.



Post a Comment

Previous Post Next Post