Ayda Jebat Cedera Ketika Konsert The Hardest Singing Show

Ayda Jebat Cedera Ketika Konsert The Hardest Singing Show. Disebalik kehebatan dan aura hebat AJ membuat persembahan minggu pertama, namun ada berita sedih yang dilaporkan.


Rupanya AJ cedera ketika melakukan persembahan tersebut. Ayda Jebat berkata selepas konsert ; 


“Bila kita practice sepatutnya saya handstand lepastu dia terbalikkan saya dan saya terus land masa saya nyanyi, tapi ketika saya land tu saya jatuh.


Ayda Jebat Cedera Ketika Konsert The Hardest Singing Show



“Mungkin kat TV dan dekat audience tak perasan jadi mungkin mereka rasa part of the show tapi tadi memang saya terjatuh.


“To be honest kaki kiri saya dah injured beberapa hari sebab dekat ATV tu saya kena gantungkan kaki saya dan sekarang kanan pulak injured sebab dah terjatuh tadi,” ujarnya 


Ayda juga berkata dia tak kisah mengenai kos prop yang bakal digunakan sepanjang THSS ini.


“Untuk kreativiti dari segi konsep dan visual memang idea daripada Nabil dan saya punya team, bagi music arrangement pula saya punya music director akan buat dan akan hantar ke music director di show ini.


“Pentas ini memang pertandingan baharu dan musim pertama jadi kalau boleh saya memang nak persembahan yang saya buat ini jadi reference kepada luar.


“Jadi saya dan team saya memang ambil cabaran ini untuk buat yang terbaik. Jadi saya lupakan kos itu dan saya harap ia berbaloi.


“Saya tak boleh beritahu kos, cuma kos memang sepenuhnya dari saya,” tambahnya lagi.

Sumber : Gempak.com

Post a Comment

Previous Post Next Post