Kim Pan Gon Dedah Kenapa pakai warna kelabu

 Semalam, selepas perlawanan korea selatan vs Malaysia, ada wartawan bertanya kepada kim pan gon kenapa dia pakai sut warna kelabu berbanding hitam putih yang sentiasa menjaddi kegemarannya dalam dua perlawanan sebelum ini.


Namun wartawan itu mendapat respon perli dari kim pan gon yang mengatakan sebelum perlawanan menentang korea, wartawan itu mahu kim pan gon di pecat dan sekarang boleh pula tanya apa yang kim pan gon buat sehingga dapat keputusan luar biasa tu.


Kim Pan Gon Dedah Kenapa pakai warna kelabu



Kim pan gon berkata ; "Saya sedar dalam dua tahun lalu, kami melakukan tugas yang menakjubkan dengan keputusan 4-0, 5-0, 10-0. Setiap perlawanan kami menjaringkan gol. Saya tahu anda menunggu saya gagal.


"Anda menunggu dan saya mengetahuinya. Saya sedia. Tiada masalah. Anda mahu mengeluarkan saya, semalam," katanya.


Ia juga sebagai tanda jika sut kelabu itu ada sut terakhir Kim Pan gon bersama dengan harimau malaya seperti yang dimahukan oleh wartawan-wartawan tertentu yang mahu melihat kim pan gon gagal.


Jelas sekali, Kim Pan gon watak penting harimau Malaya bangkit sehebat ini. Jadi harap FAM dapat menyambung lebih lama kontrak kim pan gon untuk piala asia seterusnya iaitu lagi 3 tahun 2027 nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post