Malaysia layak dapat satu mata - Son Heung Min

Selesai perlawanan, sidang media perlawanan bagi pemain di ambil oleh Son Heung Min yang merupakan pemain pasukan Tottenham. Dalam perlawanan korea selatan vs malaysia, skuad kim pan gon berjaya mengikat pasukan korea selatan dengan jaringan 3-3.


Ketika ditanya mengenai persembahan keseluruhan permainan. Son berkata ini merupakan perlawanan sukar tetapi pujian perlu diberikan kepada Malaysia sebab mereka tak berhenti berusaha sehingga minit akhir perlawanan.


Malaysia layak dapat satu mata - Son Heung Min




Son heung min berkata ;"Ia satu keputusan yang sukar diterima, tetapi pujian hebat perlu diberikan kepada pasukan Malaysia. Mereka berjuang sehingga saat akhir permainan dan saya kagum dengan bola sepak Malaysia yang kreatif … Malaysia melaksanakan tugas mereka dengan hebat … memang menarik untuk menyaksikan perlawanan ini selaku peminat bola sepak.


Son juga mengatakan dia pasukannya kecewa dengan keputusan malam semalam namun masih menarik nafas lega sebab masih layak ke pusingan 16 terbaik kejohanan.


"Kami kecewa dengan bagaimana kami mengakhiri perlawanan ini tetapi apa yang paling penting kami layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dan kami teruskan kemaraan kerana perlawanan penting berlangsung tidak lama lagi, jadi kami perlu bersedia untuk perlawanan besar itu," katanya dalam sidang akhbar pemain terbaik perlawanan di sini.





Post a Comment

Previous Post Next Post