Sesi sidang media selepas perlawanan Korea selatan vs Malaysia bertukar menjadi sesi meluahkan rasa marah kepada pengadil perlawanan.
Jurulatih Jurgen Klinsmann berkata dia memang marah dengan pengadil dan menyifatkan penalti arif aiman sebagai tidak patut di berikan. Untuk pengetahuan korang, Korea Selatan diikat Malaysia dengan jaringan 3-3.
Pengendali itu berkata;
"Dapat disaksikan permainan yang sangat menarik, enam gol dan satu gol pada minit terakhir dari Malaysia.
"Jelas sekali saya agak marah bagaimana gol itu berlaku (gol pertama dan kedua Malaysia). Saya rasa ia bukan penalti untuk Malaysia, tiada penalti.
"Malah satu lagi gol juga tidak sepatutnya diberikan, namun ia sudah diberikan," katanya pada sidang media selepas aksi yang berlangsung di Stadium Al Janoub itu.
Pasukan korea terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi pemain Jeong Woo Yeong pada minit ke 21 hasil tandukan daripada sepakan sudut menewaskan syihan hazmi.
kemudian bersambung babak kedua, Malaysia bermula garang dengan gol penyamaan menerusi gol cantik faisal halim pada minit ke 51. kemudian arif aiman menjaringkan gol kedua untuk malaysia menerusi sepakan penalti pada minit ke 62.
namun kegembiraan malaysia tidak kekal lama apabila free kick pemain korea terkena tangan syihan untuk gol sendiri menjadikan kedudukan kita 2-2.
hampir ke babak penamat, korea selatan diberi penaalti selepas pemain mereka dijatuhkan dan penalti itu di ambil oleh son heung min pada minit ke 94 untuk menjadikan korea 3-2 malaysia.
ketika masa sudah hampir tamat, pasukan malaysia umpama mendapat pertolongan yang menyaksikan romel morales menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 105 menjaidkan keputusan akhir 3-3.
Post a Comment