Jangan Marah Pemain, Tapi Marah Saya - Kim Pan Gon

Harapan melihat skuad kebangsaan beraksi lebih lama di pentas Asia sudah terkubur apabila pasukan bimbingan Kim Pan Gon tersingkir selepas kalah 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan semalam.


Jangan Marah Pemain, Tapi Marah Saya - Kim Pan Gon



Mengulas mengenai terkeluar dari saingan, Kim Pan Gon mengatakan jangan marah kepada pemain. Ini semua salah dirinya sendiri dan dia layak menerima kemarahan penyokong.


Pan Gon berkata;  


"Kita perlu terima di mana kita ada di sini, sekurang-kurangnya pemain tunjukkan mentaliti yang cukup hebat dengan kemampuan mereka.


"Kami bermain dengan pasukan lebih hebat. Dua tahun kami bangkit dari semasa ke semasa dan kami rasa kami mampu kerana sebelum ini kami pernah beri saingan sengit kepada pasukan ranking 80 dunia seperti China dan lain-lain.


"Sebagai jurulatih, saya minta maaf kepada peminat atas kekecewaan mereka yang mahu pasukan layak pusingan 16 dan saya ambil tanggungjawab terhadap keputusan ini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

--

Kekalahan ini jelas memberi banyak rasa kepada penyokong Harimau Malaya. Namun kita harus sedar yang kita juga berada ddi landasan baik untuk ke Piala Dunia nanti. 

Kita tutup buku lama, misi kita yang seterusnya baru bermula.


Post a Comment

Previous Post Next Post