Harimau Malaya kecewakan peminat bola sepak Malaysia

 Selesai sudah misi mencari mata sulung di Piala Asia 2023 selepas skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Bahrain semalam. Gol muncul ketika masa kecederaan separuh masa kedua membuatkan Malaysia secara automatik tidak layak ke pusingan seterusnya.


Dalam bahasa mudah, Malaysia BALIK AWAL dari kejohanan terbesar Asia untuk edisi kali ini. Kekalahan ini mengecewakan peminat bola sepak Malaysia.


Harimau Malaya kecewakan peminat bola sepak Malaysia



Rata-rata meluahkan kekecewaan di sosial media. Sebelum bermulanya Piala Asia, harapan menggunung di letakkan untuk skuad kim pan gon ini agar sekurang-kurangnya mendapat satu mata. 


Namun terjadi sebaliknya apabila kita gagal memperoleh mata walaupun masih ada satu perlawanan lagi iaitu menentang Korea Selatan.


Kekecewaan penyokong jelas terpancar di wajah yang bersengkang mata menonton dan memberi sokongan dari jauh. Entahlah, nak tulis yang pedas-pedas pun rasa malas.


Ramai kecewa kerana kita tunggu 40 tahun untuk ke Asia namun umpama usaha itu sia-sia. Kekalahan kepada Jordan yang dikatakan boleh menang itu sangat mengguris hati peminat.


Apa-apa pun terima kasih untuk Kim Pan Gon dan anak-anak buahnya yang sudah mencuba bermain dalam perlawanan di Piala Asia kali ini.


Sekarang misi kita adalah layak ke Piala Asia seterusnya. atau kita akan tunggu lagi 40 tahun macam mana kita tunggu sekarang ini? sama-sama kita doakan yang terbaik untuk skuad negara.

Post a Comment

Previous Post Next Post