Perasaan itu benar-benar teruk - Natxo Insa

Antara nama yang menjadi sebutan netizen selepas kekalahan pasukan Malaysia kepada pasukan Bahrain semalam adalah Natxo Insa. Pemain kacukan Malaysia sepanyol ini bermain selama 45 minit di separuh masa kedua dan mendapat kecaman daripada Netizen.


Perasaan itu benar-benar teruk-Natxo Insa



Natxo menjelaskan dia juga kecewa dengan keputusan gol minit akhir perlawanan.


Pemain JDT itu berkata; "Perasaan itu benar-benar teruk dan saya fikir kami telah berjuang sehingga ke minit terakhir dan cuba mengambil kesempatan.



"Kami mungkin mempunyai tiga, empat kali peluang untuk untuk jaringkan gol. Tetapi ini adalah bola sepak, kita bolos pada saat akhir permainan," katanya yang berdarah Malaysia-Sepanyol.



"Sekarang, inilah masa untuk melakukan pemulihan, menenangkan minda. Kami mempunyai satu lagi perlawanan penting dan kami mesti menghadapi dengan profesional.


"Kami tahu perkara ini berlaku dalam bola sepak. Ia akan berlaku sekarang, pada masa hadapan, akan berlaku lagi.


"Kami adalah manusia, kami tahu kami mewakili negara dan kami mahu fokus ke hadapan dan bersedia menentang Korea Selatan," kata pemain Johor Darul Ta'zim itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post