Jangan Kecam Pemain, Perjalanan Malaysia masih jauh

 Selepas kekalahan besar kepada Jordan awal pagi tadi. Ramai pula fans harimau malaya yang mula buka mulut menghentam player itu dan player ini. Budaya ini sudah sekian lama sunyi mungkin kerana kita selalu menang dalam beberapa siri persahabatan sebelum ini.


Secara realistiknya, kita kena akui yang skuad kita masih berada dalam keadaan kurang baik jika nak dibandingkan dengan gergasi asia timur dan asia barat.


Jangan Kecam Pemain, Perjalanan Malaysia masih jauh



Kita juga perlu sedar, Kita susah menjadi seperti morocco yang mana menjadi impian besar rakyat malaysia agar skuad harimau malaya mampu menjadi morocco. Mereka harap MAGIS morocco dapat diperoleh oleh anak buah kim pan gon.


Padahal skuad kita juga tidak setanding skuad mereka.


Aku jujur cakap tak suka kecam player sebab prestasi akan ada naik dan turun. Satu game down mungkin dua game lagi akan boom jadi hebat. Begitu juga dengan taktikal coach. ramai dah kata tak sesuai main back 3.


Ramai pula hairan kenapa Arif Aiman tidak bermain di posisi yang dia JAGUH. Semua ini komentar ini mula keluar seusai wisel penamat di bunyikan.


Tapi hakikatnya hanya skuad kim pan gon dan pemainnya sahaja yang mengetahui.


Sebagai fans, kita kena realistik. sejak berbelas tahun kita tak sertai kejohanan Asia mana mungkin kita boleh melawan gergasi-gergasi asia yang setiap edisi mereka bermain di sana.


Oleh itu, saya sarankan agar kita tealistik mengenai pencapai Harimau Malaya di Piala Asia kali ini. Dapat satu mata pun jadi dah sebenarnya.


Kita terlalu jauh dari segi kualiti dan bacaan permainan berbanding pasukan - pasukan lain. Kalau setakat Indonesia tu boleh lah nak bantai banyak gol kan. kalau gergasi asia ni mungkin lambat lagi.


Kita perlu trust the proses ya. Teruskan mendoakan skuad harimau malaya yang masih mempunyai 2 perlawanan di Piala Asia. kemunculan mereka di atas padang sudah membuatkan kita semua bangga. Ayuh bangkit harimau malaya!


Post a Comment

Previous Post Next Post