Korea Selatan Mudah Kalahkan Bahrain, Amaran Kritikal buat Malaysia

Aku tengok perlawanan korea selatan vs Bahrain tadi memang tak nafi yang korea sudah jauh hebat berbanding bahrain dan juga Malaysia. Kita berada di dalam satu kumpulan dengan korea jadi kita perlu tahu kelemahan mereka dan gerakan pantas mereka merbahaya. Harapnya kita mampu mencipta kejutan nanti.



Korea Selatan Mudah Kalahkan Bahrain, Amaran Kritikal buat Malaysia



Berbalik kepada perlawanan korea selatan vs bahrain, Korea mendominasi perlawanan dengan sangat baik cumanya penyerang mereka agak tumpul.


Highlight perlawanan korea selatan vs Bahrain


Perlawanan bermula dengan seimbang apabila kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan. Namun setelah 30 minit kita lihat Korea selatan lebih mendominasi perlawanan.


Mereka kerap melakukan pergerakan pantas sebelum memulakan serangan kepada kubu lawan.


Gol pertama muncul pada minit ke 38 menerusi Hwang In Beom. 


Bersambung babak kedua, Bahrain tidak tunggu lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 51. Kali ini menerusi Abdullah Al Hashash.


Namun begitu, Kang in lee tidak biat bahrain terlalu lama apabila dia menjaringkan gol keddua untuk korea selatan pada minit ke 56.


Gol ketiga pula muncul pada minit ke 68 juga menerusi Lee Kang In.


Keputusan akhir, Korea Selatan 3-1 Bahrain.



STATISTIK Korea selatan vs Bahrain


Pasukan korea selatan lebih garang dalam menyerang apabila membuat 14 percubaan ke arah pintu gol bahrain dan hanya 5 sahaja yang tepat mengenai sasaran.


Korea Selatan Mudah Kalahkan Bahrain, Amaran Kritikal buat Malaysia

Manakala pasukan Bahrain pula dengan 9 percubaan dan hanya 2 sahaja tepat mengenai sasaran.


Ball Possession sudah pasti menjadi milik korea selatan apabila meeka mengawal perlawanan dengan 71% manakalah bahrain hanya 29% sahaja.


Pass Accuracy Korea selatan juga agak baik dengan 88% manakalah Bahrain hanya 67% sahaja.


Hasil dari perlawanan ini korea selatan mendahului kumpulan E manakala Bahrain di tangga tercorot kumpulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post