2 Juri Gagal Teka siapa Pom Pom Kin

Selesai konsert minggu ke lima The Masked Singer musim ke-4. Minggu ini seorang peserta tersingkir iaitu Pom Pom Kin. Identiti sebenarnya adalah Amelina ratu dangdut malaysia. Ramai yang sudah dengar suara Amelina di konsert minggu ke lima ini. 


2 Juri Gagal Teka siapa Pom Pom Kin



Pom Pom Kin membawa lagu Anta Permana terpaksa akur untuk tersingkir selepas mendapat makah terendah berbanding peserta lain.

Yang menariknya, Amelina berjaya mengelirukan juri-juri sehinggakan dua juri gagal meneka dengan betul siapa di seballik topeng pom pom kin.

Berikut merupakan tekaan juri minggu kelima. 

Erra Fazira - Amelina

Datuk Aznil - Amelina

Sherry Alhadad - Amelina

Angah - Eira Syazira

Nabila Huda - Amelina

Zizan Razak - A. Aida

Elly Mazlein - Amelina

Michael Ang - Amelina

Rozita Che Wan - Amelina

peserta yang berada di kedudukan yang bahaya adalah Mat Helang dan Abang Jangung. Mereka perlu bangkit di minggu hadapan agar dapat kekal lama dalam the masked singer. 

Siapa pula yang bakal tersingkir pada minggu hadapan? sama-sama kita nantikan ya. t


Post a Comment

Previous Post Next Post