Jasad Adik Zayn Rayyan ditemui

Siapa adik Zayn Rayyan? Semalam kita dikejutkan dengan penemuan satu jasad budak di sebatang sungai kira-kira jam 10 malam tadi.


Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah dilaporkan hilang sejak 12.30 tengah hari pada hari selasa dijumpai meninggal dunia dalam sungai kira-kira 100 meter dari rumahnya.


Siapa adik Zayn Ryan



Sebelum itu, ibunya membuat hebahan dan juga laporan polis mengenai kehilangannya.

Antara agensi keselamatan yang telibat mencari adik Zayn adalah seperti  Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9)

Menerusi operasi itu, 40 anggota polis bersama 60 penduduk setempat bekerjasama mencari di setiap 2,484 unit kediaman di 18 blok Apartmen Idaman.

Jasad Zayn dijumpai oleh ayahnya

Ayah kepada Zayn Rayyan, Faizol Najib Abdul Naim, 45 pula berkata; 

"Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai... apabila saya suluh lampu, nampak sekujur tubuh terbaring dalam keadaan mengiring," katanya.


"Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring, dan bersama empat lagi penduduk, kami memeriksa keadaannya.


"Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat dia lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.


"Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah," katanya ketika ditemui


"Mungkin Allah makbulkan doa semua jemaah, dan menggerakkan hati saya untuk mencari di kawasan terbabit," katanya.

Dah Cari dua kali dikawasan itu tapi tak jumpa

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid berkata


"Memang kita sudah melakukan pencarian, tetapi kita tidak jumpa, ia tempat yang sama. Petang tadi (semalam) juga kita mencari di kawasan itu.


"Polis akan menjalankan siasatan lanjut disebabkan lokasi ditemui ini adalah kawasan aliran air," katanyaaa

Penutup

Kita doakan agar ahli keluarga adik Zayn Rayyan tabah menghadapi ujian ini dan pada masa yang sama kita doakan anak syurga ini dipermudahkan urusan di alam sana serta di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Alfatihah.


Previous Post Next Post