Dalam satu live streaming, pelakon cantik Faye Kusairi dilihat menangis teresakesak kerana Nasi Ayam yang dijualnya mendapat sambutang yang menggalakkan.
Sehinggakan ada yang tidak sempat mendapat Nasi ayam tersebut kerana telah sold out. Faye bercakap di dalam live berkenaan dengan mengatakan yang Nasi Ayamnya itu habis lebih awal berbanding hari lain kerana kedatangan ramai orang di gerainya.
Faye yang terkenal dengan watak Syakilla dalam Drama 7 hari mencintaiku berkata;
"Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.
"“Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.
“Semalam beli, hari ini beli lagi," ujarnya.
“Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang.
“Ramai orang beratur tetapi tak dapat, ada seorang pakcik sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.
“Mana tak dapat hari ini, sila buat tempahan awal supaya esok kalian semua dapat merasa dan tiada yang kecewa,” ujarnya.
Post a Comment