Sejak semalam, nama siti nurhaliza menjadi sebutan peminat-peminat apabila penyanyi terkenal malaysia itu mencipta sejarah baru dalam dunia musik tanah air.
Sejarah yang dimaksudkan itu adalah tiket konsert sebuah Epitome Saya siti nurhaliza telah habis dijual dalam masa 2 jam sahaja tau. Ramai peminat yang berpusu-pusu mendapatkan tiket konsert yang julung kali dilakukan itu.
Dalam satu video, Tok ti mengatakan yang dia terharu, tidak percaya dan sebak apabila mengetahui yang tiket konsertnya sudah selesai atau sold out.
Tokti berkata;
“Sedang kami bermesyuarat petang tadi, pihak KL ticketing hubungi untuk memaklumkan tiket ke Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah habis dijual. Terharu, tidak percaya dan sebak,” tulisnya.
“Ini adalah usaha dan kelangsungan daripada apa yang telah, sedang dan bakal Yayasan Nurjiwa lakukan.
“Kami ada misi yang besar untuk terus beramal dan membantu masyarakat dan tentunya apa yang anda sumbangkan menerusi persembahan ini adalah ke arah semua kerja amal dan kebajikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Post a Comment