Sinopsis drama syurga itu bukan mudah

Sebuah drama baru 'Syurga itu Bukan Mudah' yang ditayangkan bermula 4 Disember 2023 yang lalu dan masih ditayangkan di saluran Astro Ria. Pelakon hebat yang terlibat dalam drama ini adalah Anna Jobling dan juga Amir Ahnaf.


Sinopsis drama syurga itu bukan mudah



Sinopsis Syurga itu Bukan Mudah

Drama syurga itu bukan mudah mengisahkan tentang Aileen, wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid, yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik. 


Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.

Info dan Pelakon Syurga itu bukan mudah.

Memandangkan ramai yang follow drama arahan Eyra Rahman ini. Aku kongsikan sedikit info drama syurga itu bukan mudah untuk korang ya. 

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 4 Disember 2023

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Penulis Skrip: Liza Nur & Chinta Nadeesha

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd


Watak Pelakon 

  • Amir Ahnaf sebagai Farid
  • Anna Jobling sebagai Aileen
  • Fadhli Masoot sebagai Arman
  • Alya Iman sebagai Fara
  • Dynas Mokhtar sebagai Umira
  • Dian P Ramlee sebagai Aminah
  • Amir Nafis sebagai Zayn
  • Bulan Terry sebagai Natalie
  • Steve Yap sebagai Musthapa Chan
  • Maliababy sebagai Lily
  • Ahmad Syafiq sebagai Engku


Review


Ramai yang memuji jalan cerita drama syurga itu bukan mudah kerana nampak ada perubahan dan kelainan yang baik. Ditambah pula gandingan mantap dan padu Amir Ahnaf dan juga Anna Jobling berjaya menghidupkan drama ini.


Penceritaan drama syurga itu bukan mudah juga sangat simple tetapi penuh dengan konflik yang membuatkan para penonnton tidak senang duduk menantikan episod-episod seterusnya.


Kesimpulannya, karya yang baik akan dihargai penonton dan drama syurga itu bukan mudah antara karya yang dihargai oleh penonton kerana kualiti dan juga kehebatan jalan cerita dan kekuatan pengajaran yang dapat di ambil daripada drama ini.


Bagi korang yang belum tengok lagi tu, boleh tonton di saluran astro ria ya. Selamat menonton.


Previous Post Next Post