Siti Nordiana Semput Menyanyi Lagu Ngajat tampi. Itulah yang diulahkan oleh penyanyi terkenal yang juga peserta Allstar gegar vaganza 2023, Siti Nordiana. Minggu ke lima ini Nana menyanyikan lagu Ngajat tampi dan berjaya keluar dari zon penyingkiran.
Nyanyian dan juga persembahannya mendapat pujian dari pada pennton dan juga juri. Rupanya ada rahsia yang berlaku di sebalik persembahannya itu. Nana berkata mungkin ia kelihatan semput kerana kostum yang dipakainya itu.
“Salah satu faktor (semput) mungkin disebabkan oleh kostum yang saya pakai ini. Mungkin sebab juga tak cukup bersenam dan sedikit gementar ketika berada di atas pentas.
“Apa pun saya sudah lakukan yang terbaik pada konsert kali ini,” katanya.
“Jujurnya saya memang nervous. Sebab ketika berada di segmen itu, kita tidak tahu apa nasib kita. Masih akan bertanding atau tidak pada minggu depan.
“Namun saya selalu pesan pada diri yang setiap minggu kena buat yang terbaik sebab keluar ke tak itu rezeki,” katanya lagi.
--
Minggu ini memang nampak siti nordiana lain daripada lain. Lagu yang dipilih juga memberi kelebihan buatnya untuk mendapatkan markah yang lebih baik.
Bagaimana pula dengan persembahan Nana pada minggu keenam nanti?? sama-sama kita nantikan.
Post a Comment