Ajai Backup Datuk Syafinaz

Isu kecaman yang diterima oleh Datuk Syafinaz selepas membuat persembahan dalam satu majlis baru-baru ini turut mendapat perhatian penyanyi dan komposer Ajai. Dia mempertahankan kawannya itu dan mengatakan Syafinaz  mengetahui selok belok undang-undang dalam sesuatu bidang berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka.


Ajai Backup Datuk Syafinaz


Ajai berkata kepada laman web gempak.com ; "Kita jangan perlekehkan ilmu dia. Kalau dia berijazah, takkan kita nak meremehkan.

"Mungkin orang tak biasa dengar Syafinaz menyanyi soprano, sebab itu bukan muzik pasaran Malaysia. Seperti kita boleh lihat, tak semestinya pengadil di padang bola itu pandai bermain bola sepak.

"Tapi, dia tahu undang-undang di padang. Itu sebabnya saya cakap muzik bukan sekadar hobi, ia adalah mata pencarian," ujarnya 

"Kita tak mengharapkan kita menyanyi dahsyat bila kita bagi komen pada seseorang penyanyi itu. Tapi, kita tahu mengenai undang-undang nyanyian dan rata-rata tahu Syafinaz adalah pensyarah dan saya pula penerbit.

"Saya sudah mula menjadi penerbit sejak 1989 sampai sekarang dan saya sudah bekerja dengan semua orang. Tapi, pada saya netizen ada hak juga untuk bercakap sebab dalam hiburan ini tiada undang-undang yang melarang sesiapa untuk bersuara.

"Orang yang tak boleh nyanyi pun boleh buat album, jadi tiada undang-undang dalam hiburan. Tapi kami memberitahu apa yang kami tahu berdasarkan ilmu pelajaran kami dan sebab itu kami kekal sampai sekarang. Ia kerana pengalaman dan ilmu kami.

"Tohmahan daripada netizen itu tak mengapa. Itu hak mereka sama ada mereka nak suka atau tidak. Kadang-kadang dia cakap tak suka, bila jumpa di luar pun dia tangkap gambar. Disebabkan itu pada saya tohmahan netizen itu tiada apa-apam" tambahnya.

--

Ajai juga merupakan seorang juri yang tidak lari menerima kecamana netizen. setiap kali menjadi juri di pentas besar pasti ramai yang akan mempertikaikan kredibilitinya. Namun track rekodnya sentiasa membuatkan orang yang mempertikainya kecewa.

Ajai seorang yang tegas dan pasti pandangannya juga sukar diterima oleh sesetengah pihak. Teringin pula nak tngok Ajai dekat allstar gegar vaganza nanti..


Post a Comment

Previous Post Next Post