Tok Ram Puji Persembahan Naqiu Minggu 5

Ramai peminat yang memuji persembahan Naqiu pada minggu ini. Begitu juga dengan Ketua Juri Allstar gegar vaganza iaitu Datuk Ramli MS. Tok Ram mengatakan bahawa Naqiu berjaya membawa lagu Hakikat Sebuah Cinta oleh kumpulan Iklim dengan begitu baik sekali.


Tok Ram Puji Persembahan Naqiu Minggu 5


Kata Tok Ram “Naqiu dia buat persembahan dengan bawakan lagu genre dia juga tetapi bila dia menyanyi itu saya tengah bayangkan arwah Saleem tengah menyanyi.


“Naqiu boleh beri saya impak sebegitu, dia punya feel jiwa itu. Contoh macam Ayai dan Ezad, mereka juga menyanyi lagu genre mereka.


“Tetapi tetapi mereka tidak ‘bagi’, jadi mereka main safe namun mereka tidak perform,” jelasnya.


“Kalau kita lihat mereka membuat persembahan saya rasa semua orang boleh nampak mereka all out. Tapi bila bertanding mereka kelihatan lebih berhati-hati.


“Semua takut buat salah, bila mereka ada perasaan takut terbuat salah itu yang makin banyak berlaku kesilapan. Jadi saya rasa mereka patut relaks sedikit.


“Untuk minggu hadapan, saya percaya mereka boleh berikan yang lebih baik lagi berbanding minggu ini,” ujarnya.

--

Memang best pun persembahan Naqiu minggu ini cuma tak da rezeki nak naik No 1. Takpa boleh cuba lagi untuk minggu hadapan pula ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post