Polis EVO 3 Sudah Cecah Kutipan 1.3 Juta

Filem Terkenal, Polis Evo 3 dilaporkan sudah mendapat kutipan RM1.3 juta sejak mula ditayangkan. Filem yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini turut dibintangi oleh pelakon hebat speri Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaa Ahmad dan Farali Khan.


Polis EVO 3 Sudah Cecah Kutipan 1.3 Juta


Menurut Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata;

“Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini.

“Kami mengharapkan berita baik ini adalah satu permulaan yang baik untuk Polis Evo 3 serta membuktikan filem tempatan masih mampu menawan hati penonton dan memberi saingan sengit buat filem antarabangsa.

“Terima kasih juga kepada rakan penerbit Skop Productions dan TGV Pictures, barisan pelakon serta semua yang berusaha keras dalam meletakkan kejayaan Polis Evo 3,” katanya.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta.


Previous Post Next Post