Arwah Pak Mat, Lif & AJK

Filem Komedi, Arwah Pak Mat, Lif & AJK ini merupakan kisah kehidupan di sebuah rumah pangsa apabila mereka mempunyai masalah menurunkan jenazah penduduk di situ dari tingkat atas. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid dan juga Ropie menjadikan cerita ini sangat best dan menarik untuk ditonton.


Arwah Pak Mat, Lif & AJK


Sinopsis Arwah Pak Mat, Lif & AJK

Filem ini mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu. 

Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana pemilihan Presiden dan ahli AJK untuk penggal terbaru sedang berlangsung. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli-ahli lain.

Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. 

Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki. 

Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

Info dan Pelakon

Filem ini diarahkan oleh Khir Rahman dan ditayangkan di astro first pada 10 Jun 2021 yang lalu. Ia akan ditayangkan semula pada 27 Mei 2023 di saluran Astro Citra pula.

Berikut merupakan barisan pelakon arwah pak mat, lif & ajk, 

  • Joey Daud sebagai Nordin
  • Tauke Jambu sebagai Norman
  • Jalil Hamid sebagai Pak Mat Tahir
  • Ropie Cecupak sebagai Shamsul
  • Wafariena Roslan sebagai Ayu
  • Man Raja Lawak sebagai Mat Be
  • Wan Gegau sebagai Pak Mat
  • Anas Ridzuan sebagai Nan
  • Che Mat sebagai Tai Burung
  • Tapai Raja Lawak sebagai Usop
  • Nizam Jentik-Jentik sebagai Sudin
  • Souya sebagai Zaidi Metal
  • Kimmy Low sebagai Adam Sahar
  • Shendo Kiut sebagai Abang Lif
  • Douglas Lim sebagai Ah Cai
  • Sathiya sebagai Praba
  • Sheila Mambo sebagai Mak Intan

Bagi korang yang tak pernah tengok di Astro first, korang boleh tonton semula apada hari sabtu ini di saluran astro citra tau. Pasti ramai nak tahu kesudahan cerita ni kan. 

Selamat menonton.

Previous Post Next Post