Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji

Telefilem menarik, Tanam Apa Tu Bang Aji ini menceritakan mengenai seorang lelaki tua yang baru sahaja pencen dan mempunyai masa yang banyak. Dia sibuk menanam. tapi tanam apa tu? Dibintangi oleh pelakon hebat Kazaar dan juga Rosnah Johari sebagai peneraju utama untuk cerita ini.


Tanam Apa Tu Bang Aji

Ia kali pertama ditayangkan adalah pada 17 April 2022 di TV3. kalau korang terlepas, boleh tonton tanam apa tu bang aji pada 28 Mei 2023 di saluran TV3.

Sinopsis Tanam Apa Tu Bang Aji (TV3)

Telefilem ini  mengisahkan tentang Abang Aji yang baru pencen. Isterinya sibuk dengan hal perniagaan dan meninggalkan dia berseorangan dirumah. Kemudian akibat tak tahu nak buat apa, dia memulakan hobi bercucuk tanam di persekitaran rumah.

Aktiviti abang aji ini membuatkan wanita-wanita di sekeliling rumahnya mula tertarik dengan dirinya. Adakah isteri dia akan cemburu nanti? 

Info dan Pelakon 

Cerita ini akan di siarkan pada pukul 10 malam untuk slot cereka ahad. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Kazar Saisi, Rosnah Johari, Chacha Maembong, Amir Mirza, Oktovia Manrose, Jaja Iliyes.

Review

Disebabkan cerita ini dah ditayangkan dulu, aku boleh lah tulis review tanam apa tu bang aji ni kan. Secara keseluruhan aku boleh katakan cerita ini bersifat kekeluargaan. Seorang bapa dan ibu kepada anak-anaknya. Mereka menggunakan latar belakang penduduk kampung bagi menguatkan elemen lelaki pencen tersebut.

Banyak adegan dan skrip-skrip komedi yang diketengahkan dalam cerita ini. Pasti akan membuatkan korang tertawa tanpa henti tau. Selebihnya korang tengok sendiri di saluran TV3 ya. 

Tak boleh share banyak-banyak nanti jadi spoiler pula kan. hehehe selamat menonton!


Previous Post Next Post