Isaac Voo tak Kecil Hati dengan Ajai

Isaac Voo tak Kecil Hati dengan Ajai. Ramai yang mula mengatakan yang isaac kecil hati dengan Ajai selepas juri itu memilih untuk mengekalkan Naufal berbanding Isaac. Sepatutnya naufal sudah tersingkir tetapi Ajai menggunakan immuniti X bagi menyelamatkan Naufal. Isaac yang sepatutnya kekal menjadi mangsa keadaan.


Isaac Voo tak Kecil Hati dengan Ajai


Isaac Voo tak Kecil Hati dengan Ajai

Isaac berkata; “Saya percaya juri pilih saya bersebab, mereka adalah juri jadi mereka pasti tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya.

“Saya terima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan saya rasa saya akan buat lagi baik untuk di masa akan datang.

baca juga : Recap komen juri big stage 2023 minggu 2.

“Saya dengar abang Ajai kata vokal mungkin boleh diperbaiki lagi, jadi saya akan buat dan perbaiki seperti yang disarankan.

“Saya tidak kecil hati, dia sebagai juri jadi saya terima segala komen dengan hati terbuka. Saya akan buktikan pada Abang Ajai yang saya boleh menyanyi,” katanya ketika ditemui Gempak.

“Markah saya paling rendah, lepas saya tahu Naufal tersingkir saya terkejut. Kenapa Naufal? Tapi ketika itu saya tidak fikirkan apa-apa.

“Kemudian bila juri kata mahu gunakan Imuniti X, saya jadi bingung sekejap. Saya keliru dengan situasi tersebut.

“Bila dia jelaskan mahu guna Imuniti X itu kepada saya barulah saya sedar yang saya tersingkir. Saya okay dan saya harap peminat pun okay,” jelasnya sambil tersenyum.


Previous Post Next Post