Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 2

Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 2. Setiap musim komen para juri mendapat perhatian ramai terutamanya bagi para peserta untuk memperbaiki persembahan mereka. Selain itu netizen juga berminat untuk mengetahui apa yang di komen oleh juri sama ada sesuai untuk penyanyi kesayangan mereka atau tidak.


Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 2


Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 2

Berikut merupakan komen juri untuk minggu 2 bersumberkan astro gempak.


1.Nadeera Zaini (85.67%) - Levitating


“Wow! Aduh suaranya power sangat, bagus sangat, jelas, groove ada, saya enjoy sangat. Kamu satu-satunya bintang yang saya buka headphone. Tetap pertahankan kualitinya dan saya sangat terpukau,” - Andmesh

2.Waode (84%) - Nirmala


“Memang mempunyai kualiti yang satu auditorium tak boleh bohong, nak komen apa lagi ya, tetap konsisten jangan cepat puas. Yang pasti good luck, bagi yang terbaik dan berikan hiburan yang neutral,” - Andmesh

3. Putera Muhammad (68.67) - Janji Manis


“Saya ikut awak dari awal, saya tunggu persembahan awak minggu hadapab. Secara keseluruhan semuanya pass! Kamu imbangi muzik dan koregrafi. Persembahan yang bagus. Terus membuat persembahan seperti ini, semoga tetap konsisten,” - Andmesh

4. Hoondoo (67.67) - Kudrat


“Apabila menyanyikan lagu Melayu kelebihan ada pada mereka kerana nampak kesungguhan dia mencuba. Doo dia menyanyi macam orang Melayu. Hoon ni sebenarnya bila menyanyi karakter lagu balet dia bagus. Jadi dia kena fikir macam mana nak hidupkan lagu rancak. Dia kena kurangkan vibrato. Macam mana orang kita ikut cita rasa lagu Korea, dia kena ikut rasa Melayu. Doo boleh rekod untuk lagu Malaysia,”- Ajai

“Good job for singging malay song, Hoon saya nak bagi kredit sebab awak ada latar belakang opera dan klasikal bukan senang. Try to make youself more Malayish,”- Aina Abdul

“Saya suka sebab dapat lihat muzik Korea yang berbeza. Untuk duo, mereka ini punya gabungan yang sangat pass! Doo ada lari beberapa tempo tetapi mampu dikawal oleh Hoon, jangan terlalu semangat dan kawal emosi,” - Andmesh

5. Coex (61.33%) - Satu Malam Di Temasek


“Kalau kreativiti saya easily boleh bagi markah penuh. The outfit, tenaga, drum, arrangement dan semuanya jadi satu. Tetapi saya kena komen pasal nyanyian sebab ini pertandingan nyanyian. Brush up your vokal. Kadang-kadang nyanyian anda jadi nipis bila dengan instrument. Saya rasa ralat sangat sebab saya suka anda. Brush up on your singing dan stay kreatif,” - Aina Abdul

“Kamu kena faham unison, kena sama semua. Saya tak dengar harmoni. Blend kan harmoni kamu,” - Ajai

6. Firdaus Rahmat (60%) - I Ain't Worried


“Karakter kamu atas pentas seakan-akan pentas seolah-olah kamu mengejek. Bunyi macam negetif tapi sebenarnya interesting. Makin fun of yourself but in a good way. Tetapi vokal dinamik dari rendah ke tinggi, awak perlu consult dengan cikgu Syafi. Awak kena ada pernafasan yang stabil untuk buat itu. Jangan buat benda-benda yang boleh jatuhkan markah kamu. Good luck. - Aina Abdul

“Saya suka persembahan kamu, saya enjoy karakter Firdaus. Walaupun ada pitching, tapi 5 hingga 10 tahun lagi kalau awak ada konsert saya akan tonton,” Andmesh

7.Farhan Shah (58.67%) - Mercy


“Saya gembira sebab saya rasa awak dah redeem yourself daripada minggu lalu. Kita dah dapat sedikit karakter yang hilang minggu lalu. Good job sebab menyedapkan nyanyian anda. Banyak usaha dan saya sangat hargai. Ada tips saya nak bagi, kalau menyanyi lagu English awak bulatkan perkataan itu. Bulatkan nyanyian anda itu. Tak semestinya apa yang kita cakap begitu kita nyanyi,” - Aina Abdul

8. Puteri Khareeza (42.33%) - Ayang


“Pada saya kalau ada flat sikit tu okay normal. Tetapi ia ditutup dengan penjiwaan lagu. Kamu nyanyi tadi penjiwaan itu hanya 45 peratus sahaja, kalau tanya saya, pada saya ini cara nyanyi playsafe. Kamu lupa kefahaman tentang lagu. Perkara itu yang buat lagu sedap. Faham tentang kefahaman itu lebih awak akan tahu apa maksudnya,” Ajai

9. Meer Nash (41.33%) - Flower


“Sebenarnya awak ni ada inisiatif, untuk melakukan sesuatu tu awak ada tapi dalam awak tak ada rentak. Nyanyian awak tak groove. Tak seiring dengan kehendak arrangement. Bila tak seiring kita tak rasa. Awak kena balance kan benda itu. Masalah awak, saya dengar awak tak ada rhtym. Awak hanya boleh menggayakan. Movement kena seiring dengan muzik,” - Ajai

“Vokal awak lebih enak kalau dikemas dengan muzik slow. Mungkin next week awak lebih buat insitif yang membuatkan kamu selesa. Kamu boleh jadi produser untuk diri kamu,” - Andmesh

10. Dem Lepak Boyz (41%) - Bad


“Saya minta maaf hari ini kurang umph. Semua orang tahu Dem Lepak Boyz macam mana. Tapi hari ini karakter kamu tak keluar. Mungkin sebab percubaan. Itu yang buat nampak kurang. Awak boleh just jadi yourself, kalau versi original pun okay. Jangan rasa beban fikirkan konsep but rather kekalkan satu konsep yang orang boleh terima dan forte kamu. Arrangement, saya nak bagi tips untuk next week, sebagai penyanyi kena ada stand, sebab kita yang kena menyanyi atas pentas misalnya kalau ada arrangement yang dah lock, make sure beritahu. Tadi nampak macam kamu tercari-cari note tu,” - Aina Abdul

11.Naufal (38%) - Ganerasiku


“Secara vokal, konsisten. Bagus suaranya, sedikir pembetulan, ada beberapa pitching. Tapi yang paling penting bila ada orang di belakang, kena berinteraksi dengan mereka. Supaya tak nampak canggung,” - Andmesh

“Hari ini teruk awak nyanyi, teruk sangat. Awak perlu kawal vokal, note tak sampai, tempo… Saya rasa benda ini tak perlu terjadi. Minggu pertama semuanya bagus. Bila lagu yang tak biasa kamu nyanyi, nampak teruk. Kemaskinikan. Kalau macam inilah cara awak nyanyi, minggu depan awak dah keluar,” - Ajai

12.Aufahanie (37%) - Nang


“Rasa awak tahu tak apa mistake awak? Penjiwaan lagu hilang. Kefahaman lagu hilang, saya tak rasa. Saya rasa kosong, banyak flat, banyak part tak sure. Ingat ini pertandingan. Masa yang singkat. Kamu kena siap sedia. Fokus pada nyanyian yang sedap saya tak nak dengar nyanyian yang tak ada feeling. Tak guna pergi latihan sebab kamu tak faham apa yang kamu nyanyikan,” - Ajai

13.Isaac Voo (36.33%) - Terhangat Di Pasaran


“Populariti awak dikenali, tetapi nyanyian awak kena seiring. Malam ini paling tak sedap, banyak flat, stamina tak ada. Bila awak tahu ada kehendak untuk menari awak kena fit. Tapi disiplin stamina awak tak ada. Kerjaya penyanyi tidur cukup, faham lirik, kena ada stamina kuat. Tak nak populariti hanya pada imej dan rupa. Saya tak nak dia dibuai populariti yang dia sangka dia nyanyi sedap. Pada saya talent come first. Tapi Isaac, orang macam kamu sama seperti Meer Nash kamu ini maaflah saya cakap saya kena betulkan supaya tak hanyut,” - Ajai

“Mungkin saranan daripada saya, lebih baik join group, pandangan saya lebih baik kalau ada teman-teman di atas,” - Andmesh

Previous Post Next Post