Saya minta maaf kepada peminat Isaac - Kata Naufal Azrin

Saya minta maaf kepada peminat Isaac - Kata Naufal Azrin. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Naufal terus meminta maaf kepada peminat Isaac selepas diirnya terselamat dari penyingkiran. Namun sedih sebab Isaac pula menjadi mangsa keadaan.


Saya minta maaf kepada peminat Isaac - Kata Naufal Azrin



Permohanan MAAF Naufal Azrin kepada peminat Isaac

Naufal berkata ; “Saya minta maaf kepada peminat Isaac, saya tak ada niat langsung. Memang saya rasa sepatutnya saya yang keluar.

“Tapi saya pun tak tahu nak buat macam mana, Isaac yang keluar… Jadi saya minta maaf kepada peminat Isaac, saya janji saya akan bayar minggu hadapan,” katanya ketika ditemui Gempak.

“Saya rasa agak serba salah pun ada, agak berat pun ada tapi saya ambil jalan positif, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya akan memberikan persembahan dengan lebih baik pada minggu hadapan dan minggu seterusnya kalau ada rezeki.

“Memang saya sudah pasrah. Semasa nama saya dah keluar di screeb itu pun saya fikir mungkin tak ada rezeki saya di Big Stage 5 tapi ada di tempat lain, saya reda.

“Tiba-tiba abang Ajai dan kak Aina guna Imuniti X. Alhamdulillah terselamat. Tetapi dalam masa yang sama turut berduka dan bersedih sebab kehilangan Isaac.

“Sejujurnya saya tak terfikir pun Isaac atau Aufa yang terkeluar sebab dah pilih nama saya. Waktu itu saya lah yang layak keluar. Isaac dan Aufa pun memang sudah berikan yang terbaik.

“Saya pun tak pasti apa yang terjadi pada saya, mungkin juga sebab menjadi orang pertama yang buat persembahan jadi tekanan itu agak tinggi. Tetapi saya buat yang terbaik,” jelasnya.


Previous Post Next Post