Khairy Jamaluddin Jadi DJ HOTFM

Terkejut aku baca berita KJ Jadi DJ Hotfm mulai minggu depan. Selepas kalah dalam pilihan raya umum ke 15 yang lalu. Ramai yang menjangkakan KJ akan dapat laluan mudah ke Parlimen dengan menjadi Senator. Namun berlaku sebaliknya apabila dia di pecat oleh UMNO baru-baru ini. 

Selepas itu, Hotfm pantas menawarkan jawatan DJ radio syarikat berkenaan kepada KJ dan akhirnya tawaran tersebut diterima.


Khairy Jamaluddin Jadi DJ HOTFM


Dalam satu pengesahan yang dilakukan Media Prima Audio mengatakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu depan mulai 15 Februari ini.

Khairy juga telah mengesahkan dirinya dalam satu panggilan telefon dalam segmen Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Johan AG dan juga Dato Ac Mizal.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, 

"Khairy atau KJ bukan saja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

"Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

"Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.  Sumber :- Harian Metro

Previous Post Next Post