Sinopsis Telefilem Trauma TV3

Telefilem Trauma mengisahkan tentang sekumpulan kawan yang mempunyai kisah hitam dalam hidup mereka berkumpul dalam satu banglo untuk bercuti. ia merupakan sebuah telefilem yang ditayangkan di saluran TV3 pada tahun 2017 yang lalu. Kini ia akan ditayangkan semula pada 11 FEB 2023 ini. Dilakonkan oleh bintang pelakon negara seperti Janna Nick, Saharul Ridwan, Raja Afiq, Idris Khan, Zara Zya, dan Dayana Roza. 


Sinopsis Telefilem Trauma TV3


Sinopsis Trauma 

Telefilem ini mengisahkan tentang 6 orang dalam satu kumpulan persahabatan yang terdiri daripada Roza, Budin, Haneem, Edi, Faz dan juga Jaja. Mereka selalu bersama-sama dan mula berkenalan dalam satu chatroom secara online.

Persamaan antara mereka adalah mereka semuanya mengalami trauma dalam hidup masing-masing. setelah berkenalan secara online, mereka putuskan untuk bercuti bersama-sama di sebuah banglo.

Roza offer untuk jadi penganjur percutian tersebut. Ketika nak ambil kunci banglo, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah lebih menyeramkan apabila kesemua mereka ditegur oleh jiran berkenaan dengan pepatah yang berbeza tau.

uiishh seramnya.

Pada malamnya mulalah berlaku kisah aneh di dalam banglo berkenaan. puncanya dari siapa? kalau nak tahu kenalah tengok telfilem ini.

Info dan Pelakon

Cerita trauma ini ditayangkan kali pertama pada 11 Mac 2017 yang lalu untuk slot cerekarama. Untuk tahun 2023 pun masih ditayangkan di slot yang sama. Telefilem yang diarahkan oleh Azman Yahya dan skripnya ditulis oleh Sheila Rusli ini sangat menarik unuk ditonton.

Antara pelakon yang terlibat adalah Janna Nick, Saharul Ridwan, Zara Zya, Dayana Roza, Raja Afiq, Idris Khan, Indah Emeerlda.

Tak sabar nak tengok kesudahan cerita ini. jangan lupa tonon di saluran TV3.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post