Telefilem Zombie Jarum Vaksin (Astro Citra 2021)

Cerita Baru, Zombie Jarum Vaksin (Astro Citra 2021). Hai semua! Aku nak bagitahu korang telefilem untuk minggu ini. Telefilem baru ini merupakan karya arahan Eoon Shuhaimi. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Farid Kamil dan Jue Aziz tau. Lama tak tengok gandingan dua pelakon ni kan. Minggu lepas, kita dah tengok telefilem tanah kubur hati hitam yang mengisahkan tentang kejahatan pengusaha pusat jagaan kanak-kanak. Jom kita baca pula sinopsis zombie jarum vaksin dekat bawah ni.

 

Telefilem Zombie Jarum Vaksin (Astro Citra 2021)

Ringkasan Zombie Jarum Vaksin (Astro Citra 2021)

Untuk pengetahuan korang, telefilem zombie jarum vaksin ini mengisahkan tentang Nisa dan Farid yang merupakan pasangan tunang. Mereka juga bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Tetapi yang menjadi masalah sekarang ini adalah jika nak kawin, pengantin kena ambil vaksin terlebih dahulu. Farid ni pula seorang yang penakut untuk ambil vaksin.

Macam-macam dilakukannya termasuklah mempercayai dakyah-dakyah karut pasal vaksin sehinggakan membuatkan dia tidak mahu mengambil vaksin.

Keluarga Nisa juga sangat tegas, mereka tak akan benarkan Nisa kawin selagi mana Farid belum ambil vaksin. Nisa pun terpaksalah akur dengan permintaan keluarganya itu.

Yang membuatkan dia stress adalah Si Farid tu ! Sampai sekarang tak mahu ambil vaksin. Bila di tanya kenapa tak mau ambil, banyak alasannya. 

Macam mana agaknya kesudahan cerita si farid ni? apa pula kena mengena dengan zombie ni pula. haa kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis telefilem menarik ini. 

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Info Telefilem

Cerita ini akan ditayangkan pada hari sabtu pada jam 9 malam. Tarikhnya pula adalah pada 11 Disember 2021 ini. Ia juga akan ditayangkan di astro citra tau. 

Telefilem ini merupakan karya terbitan Arie Zaharie Production dan skripnya ditulis oleh Siti Aisyah. 

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Farid Kamil, Jue Aziz, Mustaqim Bahadon, Arie Zaharie, Mak Wan Latah, Kamsani Ismail, Syazwani Bakri, Kamsiah Ali

Watak-watak dalam zombie Jarum Vaksin.

Dalam cerita ini, Jue Aziz membawa watak sebagai Nisa. Dia ni seorang yang tegas dan merupakan tunang kepada si Farid. Dia tidak kisah pun untuk mengambil vaksin covid 19 namun masalah utamanya adalah tunangnya yang penakut tu.

Manakala Farid Kamil pula membawa watak sebagai Farid. Dalam cerita ini Farid merupakan seorang orang kampung yang penakut untuk mengambil vaksin.

Pelbagai alasan yang diberikannya bagi mengelak dari mengambil vaksin. Semakin hari semakin ramai yang dah ambil vaksin. Ini menyebabkan Farid semakin kalut mencari jalan untuk tidak mengambilnya.

Dapatkah dia mengelak atau akan dipaksa mengambilnya? Sama-sama kita nantikan.

Tak sabar nak bergelak ketawa ketika menonton telefilem ni kan. hehe dahlah pelakon semua hebat-hebat belaka. hehe

Selamat menonton! 



Previous Post Next Post