semua pemain mahu beraksi dalam skuad utama - Dominic Tan

Pertahanan kental Sabag FC, Dominic tan berkata persaingan dalam skuad harimau malaya sangat kuat kerana semua pemain mehu bermain di dalam skuad utama. Jadi tiada jalan mudah untuk pemain lain melainkan hanya bersaing sesama mereka. Dominic memasuki senarai akhir pemain yang akan beraksi di pentas AFF 2022 yang akan bermula pada hari rabu nanti.

semua pemain mahu beraksi dalam skuad utama - Dominic Tan


semua pemain mahu beraksi dalam skuad utama 

Dominic berkata "Saya rasa ini adalah skuad yang baik dan pemain-pemain yang ada kali ini harus bekerjasama untuk berikan yang terbaik pada Piala AFF akan datang.


"Saya lihat kami sentiasa menunjukkan peningkatan dan dua perlawanan persahabatan sebelum ini membuktikan perkara itu," katanya.

"Setiap perlawanan kita dapat lihat perkara yang baik dan juga buruk, apa yang penting adalah barisan kejurulatihan akan menganalisis dan kemudian fokus terhadap kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Persaingan untuk merebut tempat sangat tinggi kerana semua pemain mahu beraksi dalam skuad utama sekali gus perlu bekerja keras bagi memastikan diturunkan pada perlawanan kelak," katanya.

Pemain ini juga dijangka akan mengambil tempat dion cools yang tidak dapat bermain untuk kejohanan kali ini atas faktor peribadi. Jadi ini merupakan peluang terbaik dominic untuk membuktikan dia layak bermain di posisi tersebut.


Previous Post Next Post