Senarai Peserta Last Trio Standing

Astro membawakan sebuah rancangan rialiti ' LAST Trio ' yang bakal mengegarkan dunia industri tempatan. Format baru ini bakal memberi kesegaran kepada pertandingan nyanyian yang ada dalam negara kita sekarang ini.

Nama penuh bagi rancangan ini adalah The Last Trio Standing yang mana ia merangkumi 10 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang penyanyi terkenal tanah air dan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik. Rancang ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu di Saluran Astro Ria.


Senarai Peserta Last Trio Standing


Siapakah Peserta The Last Trio Standing ?

Berikut merupakan senarai peserta mengikut kumpulan yang telah diumumkan sebelum ini.


CHOP! 

-Altimet 

-Sophia Liana 

-Malik Abdullah

ADAM 

-AG Coco 

- Amir Jahari 

-Fidi

DARMi 

-Hafiz Hamidun 

-Asmidar 

-Syahmi Irfan

MOLUV 

-Cat Farish 

-Azan Addin 

-Cinta

XIN 

-Zimi Sofazir 

-Ara Johari 

-Manzack

BRIGADE 

-Tomok

-Amir Masdi

-Ariff Sany

TRILOGI 

-Aepul Roza 

-Sharul Kamal 

-Syamimi Makhetar

SENATRA 

-Mawi Masdo

-Ali Sariah 

-Heidi Moru

TRIVOCE 

-Asfan Shah 

-Lah Ahmad 

-Erin CTJ

UTAMA 

Tam Spider 

-Afif Tirmizie 

-Maria Effendi

Format Pertandingan.

Memandangkan rancangan ini lain daripada yang lain, kita mulakan dulu dengan pemilihan lagu. untuk lagu yang dinyanyikan oleh peserta, ia di pilih oleh JURI di dalam Squad Elite. juri yang terlibat adalah  Aina Abdul, Syamel, Hazama, Erra Fazira, Black, Datin Alyah dan ramai lagi.

Bagi JURI Mingguan pula kita ada dua juri tetap iaitu  Ajai dan Jennifer Thompson. Mereka akan disertai oleh juri undangan setiap minggu. Antara nama yang bakal menjadi tetamu undangan adalah seperti Datuk Syafinaz, Dato Siti Nurhaliza dan ramai lagi tau.

Pemarkahan pula adalah 100% daripada juri dan tiada undian online untuk pertandingan ini. Macam Gegar vaganza pula yer.

Tak sabar pula nak tahu macam mana barisan TRIO ini beraksi di pentas nanti. akan ada yang tersingkir awal kah nanti? sama-sama kita nantikan. 

Previous Post Next Post