Nafuzi Belum Jawab Surat TFC, Fokus Piala Malaysia

Nafuzi Belum Jawab Surat TFC, Fokus Piala Malaysia. Itulah yang dinyatakan jurulatih terengganu fc mengenai masa depannya. Dia mendapat surat tawaran baru-baru ini dari pasukan TFC untuk menyambung kontraknya dalam masa 14 hari, hanya tinggal sehari terakhir dan Nafuzi masih belum menjawab surat tersebut.


Nafuzi Belum Jawab Surat TFC, Fokus Piala Malaysia




Nafuzi Belum Jawab Surat TFC, Fokus Piala Malaysia

Jurulatih itu berkatal "Selepas berakhir saingan Piala Malaysia musim ini baharu saya jawab dan beritahu keputusan mengenai surat tawaran lanjutan kontrak itu.

"Ini kerana saya mahu fokus 100 peratus kepada pasukan dalam saingan Piala Malaysia terlebih dahulu untuk membantu TFC mara ke final," katanya ringkas ketika ditemui ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), di Gong Badak petang semalam.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh ketika ditanya berhubung situasi itu enggan mengulas, sebaliknya mahu menumpukan saingan Piala Malaysia.


"Kita teruskan fokus dalam saingan Piala Malaysia khususnya di peringkat kedua suku akhir kedua yang akan berlangsung di tempat sendiri pada Sabtu ini.


"Kita perlu mengatur strategi baharu setelah penjaga gol, Suhaimi Husin digantung secara automatik satu perlawanan dan mengembalikan semula kecergasan Rahadiazli Rahalim dan Shahrul Nizam Ros Hasni setelah masing-masing baharu baik daripada demam dan digantung satu perlawanan," katanya ketika dihubungi.

Previous Post Next Post