Kelab Tak Lepaskan Pemain di AFF 2022- Jangan Kecam Kim Pan Gon Pula nanti

Pemain Tak dilepaskan Pasukan- Jangan Kecam Kim Pan Gon Pula nanti itulah yang diluahkan oleh  pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli selepas ketiadaan 12 tonggak pasukan Harimau Malaya dari perlawanan king's cup tempoh hari. 


Jangan Kecam Kim Pan Gon Pula nanti


Pekan berkata;

"Itu hak pemain, hak pasukan, hak sesiapa saja untuk tidak beraksi kerana ia (Piala AFF) di luar perlawanan antarabangsa, malah tidak memberi mata ranking dan sebagainya.


"Tetapi persoalannya, bagaimanakah kita melihat kejohanan Piala AFF itu?. Memang ia tidak memberi mata ranking, tetapi ia satu kejohanan yang mempunyai 'out standing' di rantau ini.


"Perlu ingat kesan Piala AFF ini kepada pasukan kita cukup tinggi. Kalau kita tak berjaya, apa impaknya kepada Pan-gon…dulu Tan Cheng Hoe pun ditamatkan khidmat sebab gagal di Piala AFF.


"Takkan kita nak lihat perkara sama berlaku kepada pasukan sekarang. Bagi saya, Piala AFF juga penting kerana ia akan suntik perkara positif buat bola sepak kita jika berjaya nanti," katanya ketika dihubungi Arena Metro.



Previous Post Next Post