final impian kerana kedua-dua pasukan- Hasnizam Uzir

Hasnizam Uzir Berkata final piala malaysia ini merupakan final impian bagi kedua-dua pasukan. Bagi admin pula, ia merupakan final impian peminat bola sepak di Malaysia. JDT vs Selangor merupakan perseteruan luar biasa sejak kebangkitan pasukan JDT selepas di ambil alih oleh TMJ.

Hasnizam Uzir berkata kepada harian metro

"Ia final impian kerana kedua-dua pasukan mempunyai aura tersendiri di mana Selangor FC begitu sinomin dengan Piala Malaysia selepas muncul juara 33 kali manakala JDT semakin hampir menyapu bersih empat piala dipertandingkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.


final impian kerana kedua-dua pasukan


"Malah JDT juga mahu melakar sejarah belum pernah dilakukan mana-mana pasukan bukan sahaja menggondol empat piala tapi mahu mengekalkan rekod bersih tanpa tewas sepanjang aksi Liga M pada musim ini.


"Namun JDT tidak boleh terlalu ghairah memburu kejuaraan Piala Malaysia dan mereka harus berhati-hati seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran.


"Justeru mereka harus beraksi tanpa tekanan dan sentiasa memberi fokus setiap minit permainan tanpa bersikap tergesa-gesa dan sentiasa menekan barisan pertahanan Selangor FC," katanya.


"Apapun peranan posisi tengah JDT dengan kembalinya Leandro Velazquez dalam skuad itu pasti beri impak yang baik bagi merencana gerakan di posisi itu dan kelibat Natxo Insa amat penting kerana dia mampu mempercepat atau memperlahankan permainan.


"Kemungkinan kelicikan Arif Aiman (Hanapi) agak terbatas apabila pergerakannya bakal dikawal rapi Fazly Mazlan yang menunjukkan peningkatkan mendadak di posisi bek kiri dan tempoh 90 minit permainan saya lihat ia terarah kepada permainan berintensiti tinggi," kata Hasnizam.

Previous Post Next Post