Dortmund Terlalu Kuat Untuk JDT

Dortmund Terlalu Kuat Untuk JDT. Walaupun menurunkan pemain utama mereka, pasukan Jdt masih belum boleh mengalahkan pasukan gergasi German, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim, Johor semalam.

Dalam perlawanan itu, JDT kalah 1-4 kepada dortmund dan jika kita ulangi aksi pada 2015, JDT skalah 1-6 kepada pasukan yang sama di Larkin. 

Dortmund Terlalu Kuat Untuk JDT




JDT bolos seawal 10 minit pertama apabila Donyell Malen membuat percubaan dan ditanpa oleh Farizal tetapi pemain Goktan Gurpuz pula pantas menendang bola muntah ke gawang JDT menjadikan Dortmund 1-0 JDT.

Malen akhirnya mendapatkan golnya pada minit ke 31 sebelum Arif Aiman menjaringkan gol pertamanya pada minit ke 40.

Bersambung separuh masa kedua, Dormund berjaya mendapatkan gol ketiga mereka dan kali ini menerusi pemain ole pohlmann dan gol terakhir mereka di jaringkan oleh Samuel bamba yang mengelecek menewaskan Corbin Ong.

Keputusan akhir, JDT 1-4 Borussia Dormund.


Previous Post Next Post