TM PIALA MALAYSIA 2022: INI FORMAT BARU YANG ANDA KENA TAHU

TM PIALA MALAYSIA 2022 akan bermula pada 25 Oktober 2022 nanti dan sudah mengesahkan penyertaan sebanyak 16 pasukan sahaja pada musim ini. Piala Malaysia 2022 telah menjangkau usia 101 tahun dan sudah pasti akan memberi motivasi kepada semua pasukan dalam merebut Piala Berprestij itu. 


TM PIALA MALAYSIA 2022: INI FORMAT BARU YANG ANDA KENA TAHU


TM PIALA MALAYSIA 2022

Kesemua pasukan akan bermula pada pusingan 16 pasukan dan tiada lagi peringkat kumpulan seperti edisi-edisi sebelum ini. 


Keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu dicapai selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa dan impak kepada Piala Malaysia dengan ramalan cuaca yang membimbangkan menjelang akhir tahun yang tidak akan memberi MFL sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan.


MFL berkata; “Pada 29 September 2022, MFL telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia di mana memaklumkan bahawa akan berlaku hujan lebat pada bulan Oktober sehingga Disember 2022.


Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan peringatan bahawa akan berlaku fenomena air pasang besar yang akan menyebabkan berlakunya banjir di hampir seluruh negeri di Malaysia pada bulan-bulan yang akan datang.


“Jadual Liga Malaysia 2022 amat padat akibat penundaan beberapa perlawanan yang tidak dapat dielakkan pada awal musim 2022 disebabkan penularan Covid-19 didalam beberapa pasukan dan juga kejohanan-kejohanan penting pasukan pasukan kebangsaan.

Sehubungan itu, format TM Piala Malaysia 2022 akan dimainkan bermula daripada pusingan 16 pasukan secara timbal balik sekali gus tiada perlawanan peringkat kumpulan pada tahun ini.*

“Ini kerana sekiranya perlawanan tidak dapat dimainkan/ditunda/dihentikan akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan terutamanya faktor cuaca, dengan tempoh masa yang ada, ia membolehkan perlawanan yang tidak dapat dimainkan/ditunda/dihentikan terus dimainkan pada keesokan hari atau pada mana-mana tarikh yang dirasakan sesuai oleh MFL dan turut mengambil kira faktor kebanyakan kontrak pemain-pemain bakal berakhir pada penghujung November 2022 sekiranya masih berlaku penundaan perlawanan TM Piala Malaysia.


“Dengan ketiadaan perlawanan peringkat kumpulan, jadual baru pertandingan TM Piala Malaysia 2022 akan memberikan;


i. Memberi ruang di dalam jadual sekiranya perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditunda akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan terutamanya faktor cuaca dan boleh dimainkan pada keesokan hari atau pada mana-mana tarikh yang dirasakan sesuai oleh MFL.


ii. Memberi peluang mendapat rehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi pemain bagi menjamin perlawanan yang kompetitif dan juga mengutamakan pencegahan kecederaan.


iii. Memberikan pasukan lebih banyak masa untuk pengendalian logistik dan pengendalian perlawanan yang disediakan dengan baik, teratur dan selamat.


iv. Membenarkan pasukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan padang perlawanan dapat dijalankan dengan lebih efisyen bagi memastikan keadaan padang di tahap yang terbaik.



Previous Post Next Post