Sinopsis Drama Roti Cicah Susu

Ingatkan makanan, rupanya roti cicah susu ini sebuah drama baru yang ditayangkan di Astro Ria yang juga merupakan sebuah drama adaptasi novel rupanya. Drama ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Haneesya Hanee sebagai Umaira, Syazuwan Hassan sebagai Emil, Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail dan pelakon Farahdhiya sebagai Arissa.

Selain itu, kita juga ada pelakon roti cicah susu Fizz Fairuz sebagai Iskandar, Riezman Khuzaimi sebagai Dato Haidar, Afifah Nasir sebagai Hernani, Safwan Nazri sebagai Lutfi, Aida Aris sebagai Datuk Ratna dan Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa.


Sinopsis Drama Roti Cicah Susu




Pelakon lain yang terlibat adalah seperti Jasper Supayah sebagai Maryam, Sharifah Fathimah Hawra sebagai Umaira dan Adrianna Qasmia sebagai Arissa

 

Sinopsis Drama Roti Cicah Susu

Drama ini mengisahkan tentang empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di Teratak Markissa. Namun, kempat–empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa yang menyebabkan rumah tersebut ditutup.

 Selepas 15 tahun, mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui.

Info Drama

Roti cicah susu ini mula ditayangkan pada 10 oktober 2022 di saluran astro ria dan waktu tayangannya adalah pada setiap hari Isnin-Khamis jam 11:00 malam. Macam aku cakap tadi, drama ini merupakan drama adaptasi novel karya liza nur dan diarahkan oleh Azman Hj Yahya, Sheila Rusly dan Uzair Haqimy.

Selamat menonton! 

Post a Comment

Previous Post Next Post