Terengganu FC Ke Piala AFC 2023

Terengganu FC Ke Piala AFC 2023. Selesai sudah penantian para peminat bola sepak Malaysia untuk mengetahui pasukan manakah yang akan ke Piala AFC tahun Hadapan. Terengganu FC yang sebelum ini menduduki tangga keempat liga berjaya memintas Sabah dan Negeri Sembilan untuk berada di tempat kedua liga sekali gus layak ke kejohanan asia itu.


Terengganu FC Ke Piala AFC 2023


Terengganu FC Ke Piala AFC 2023

Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mendahului apabila pemain sayap Faisal Halim menjaringkan gol pertama pada minit ke-4. Gerakan yang cuba dilakukan mahmoud al mardi pada minit ke 11 gagal apabila percubaannya dihalang penjaga gol terengganu. 

Pada minit ke 16, Terengganu mendapat gol kedua apabila kipre menjaringkan gol selepas mendapat hantaran cantik dari manuel ott. Keputusan kekal untuk separuh masa pertama tu

Bersambung babak kedua, TFC terus menyerang kubu kedah tetapi tidak berjaya menghasilkan gol. Namun gol ketiga mereka muncul pada minit ke 74 juga menerusi Kipre Tchetche yang mendapat assist dari Faiz Nasir.

Gol saguhati kedah muncul menerusi pemain dechi marcel yang membuat jaringan selepas menerima hantara mahmoud al mardi pada minit ke 88. Dengan kemenangan ini, Terengganu fc layak ke Piala AFC 2023.

Tahniah Terengganu!


Previous Post Next Post