Zii Jia Pakai Raket Baru, Habislah Lawan Dia Lepas ni..

Peminat teruja Zii Jia Pakai Raket Baru, Habislah Lawan Dia Lepas ni.. Baru-baru ini, pemain perseorangan Number 3 dunia dari Malaysia Lee Zii Jia mengumumkan yang dia baru menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat Victor pengeluar alatan badminton.


Zii Jia Pakai Raket Baru, Habislah Lawan Dia Lepas ni..


Zii Jia Pakai Raket Baru, Habislah Lawan Dia Lepas ni..

Dia juga memaklumkan yang dia kini menggunakan raket badminton yang baru berjenama TK - Ryuga yang dikeluarkan oleh Syarikat itu.

"Anda semua mungkin perasan saya menggunakan TK-Ryuga baru-baru ini.

"Sepanjang bulan lalu, saya beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pasukan saya untuk menyelaraskan perancangan latihan dan meningkatkan prestasi saya. Dan, saya mencadangkan perubahan sementara raket.

"Saya sangat menyukai reka bentuk dan pengalaman memukul TK-Ryuga II dan saya pasti akan menggunakannya lagi dalam kejohanan pada masa hadapan.

"Bagaimanapun, pada masa ini, saya memutuskan untuk menggunakan TK-Ryuga yang sudah saya gunakan untuk tempoh yang lama dan berharap dapat mengembalikan perasaan sebelum ini," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.


"Saya benar-benar berterima kasih kepada @victorsport_official kerana menerima idea saya dan meletakkan prestasi dan keperluan saya sebagai keutamaan. Sokongan dan kepercayaan mereka membolehkan saya menyahut cabaran ke hadapan.


"Saya sentiasa gembira mendapat sokongan kuat daripada pasukan saya, keluarga, semua peminat dan penaja saya. Saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk mengembalikan Lee Zii Jia yang tidak gentar dan membuat permulaan yang baharu," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post