JDT Musnahkan Impian Sabah

Johor Darul Ta'zim (JDT) meranapkan impian Sabah untuk bermain di AFC Cup 2023 selepas mereka mengalahkan pasukan dari Borneo itu 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam. 

Kemenangan itu juga menyaksikan JDT mengulangi pencapaian terbaik mereka dalam liga super tahun 2016 dan 2020 yang mana mereka tidak kalah dalam perlawanan liga super tahun itu.


JDT Musnahkan Impian Sabah


JDT Musnahkan Impian Sabah

Anak buah Hector Bidoglio turun tanpa kelibat Forestieri yang cedera dan menurukan penyerang Malaysia, Syafiq Ahmad dalam ksebelasan utama mereka.

Bergon DA Silva mendapat gol pertama JDT pada minit ke 16 selepas mendapat hantaran lintang dari Arif Aiman dari arah sebelah kanan padang dan dia menyudahkan hantaran tersebut menembusi gawang gol.


Gol kedua JDT juga muncul hasil dari sepakan percuma cantik yang dilakukan oleh Arif Aiman pada minit ke 38. Arif Aiman mengambil sepakan percuma itu dan menendang bola ke arah penjuru kiri gawang dan menewaskan Damien Lim penjaga gol Sabah.

Damien masuk menggantikan Khairul fahmi che mat pada minit ke 30 selepas penjaga gol itu mengalami kecederaan selepas menepis percubaan deras dari bergson da silva.

Bersambung babak kedua, Bergson berjaya mendapat gol keduanya pada minit ke 55 selepas dominic tan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pasukan Sabah. Tiada tambahan jaringan selepas itu. Keputusan akhir JDT 3-0 Sabah.



Previous Post Next Post