Lawan Kedah Sudah Pasti Sukar - Penjaga Gol Terengganu

Lawan Kedah Sudah Pasti Sukar - Penjaga Gol Terengganu, Mohd Suhaimi Husin berkata dia tidak mahu terlepas peluang lagi untuk beraksi di peringkat asia. Terengganu bakal bertemu Kedah di Stadium Darul Aman dalam perlawanan terakhir mereka dalam misi memenangi perlawanan bagi melayakkan diri ke pentas AFC 2023.


Lawan Kedah Sudah Pasti Sukar - Penjaga Gol Terengganu


Lawan Kedah Sudah Pasti Sukar - Penjaga Gol Terengganu

Suhaimi berkata; "Aksi menentang Kedah sudah pasti sukar buat kami kerana masing-masing mahu menamatkan saingan dengan noktah kemenangan, tambahan pula kami beraksi di gelanggang lawan.



"Namun, saya tidak rela terlepas peluang untuk beraksi di pentas Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim depan kerana hanya selangkah sahaja lagi bagi merealisasikan impian itu.


"Jadi secara peribadi saya tekad untuk mengulangi pencapaian cemerlang dalam aksi terakhir liga itu selain mengharapkan barisan pertahanan yang diketuai Pape Diakite bekerja lebih keras untuk menghalang jentera serangan lawan," katanya.


"Kami mempunyai peluang cerah untuk layak ke saingan Piala AFC walaupun dua lagi pencabar iaitu Sabah FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) turut berpeluang.


"Tetapi, kami tidak mahu memikirkan pasukan lain kerana yang penting kami wajib menang," katanya mahu tebus kekecewaan gagal beraksi di pentas Piala AFC musim lalu kerana dibatalkan susulan wabak pandemik Covid-19.

Previous Post Next Post