Sukar untuk diterima selepas tidak mengutip mata pada empat perlawanan lalu - Jurulatih Kedah

4 Perlawanan Tanpa Mata, Sukar untuk diterima - Jurulatih Kedah. itulah antara yang diluahkan oleh jurulatih Aidil Shahrin selepas 4 perlawanan terakhir kedah mereka terpaksa menelan kekalahan 4 perlawanan tersebut. Menjelang perlawanan akhir liga, Aidil optimis anak buahnya akan bangkit dan memberikan yang terbaik berdepan dengan terengganu di stadium darul aman pada sabtu ini.


sukar untuk diterima selepas tidak mengutip mata pada empat perlawanan lalu - Jurulatih Kedah


Jurulatih Kedah Akui sukar diterima bila tak dapat satu mata dari 4 perlawanan terakhir


 "Memang sukar untuk diterima selepas tidak mengutip mata pada empat perlawanan lalu yang menyebabkan Kedah terkeluar dari kelompok lima pasukan teratas liga pada ketika ini.


"Jadi saya mahu semua pemain agar berjuang berhabis-habisan pada perlawanan terakhir liga super di laman sendiri ini dengan mendapatkan kemenangan yang sangat diharapkan penyokong.


"Saya percaya pemain sudah berusaha pada tahap yang mereka mampu sebelum ini, namun keazaman sahaja tidak cukup jika tidak dapat mencapai kemenangan," katanya.


"TFC yang kini berada pada momentum dan kedudukan yang baik dalam merebut slot ke peringkat saingan Piala AFC musim depan sudah pasti bakal memberi saingan dan cabaran yang hebat buat kami.


"Namun saya sangat berharap pemain dapat merebut setiap peluang yang kami ada dengan beraksi di laman sendiri untuk sekurang-kurangnya mengakhiri saingan Liga Super musim ini dengan kemenangan," katanya.

Previous Post Next Post