KELANTAN FC TEWAS DI TANGAN SELANGOR 2

 KELANTAN FC TEWAS DI TANGAN SELANGOR 2. Impian untuk melihat kelantan fc menjulang piala liga perdana musim ini nampak sukar apabila mereka tewas mengejut di tangan pasukan Selangor 2 dalam perlawanan di stadium sultan muhammad ke IV petang tadi.


KELANTAN FC TEWAS DI TANGAN SELANGOR 2


KELANTAN FC TEWAS DI TANGAN SELANGOR 2

Pasukan kelantan yang bermain di tempat sendiri terpaksa menerima asakan demi asakan dari pasukan pelawat. Mereka juga telah melepaskan dua gol awal menyebabkan tekanan memuncak ke atas pasukan mereka sendiri.

Gol pertama dijaringkan oleh Aliff Izwan Yuslan pada minit ke 29 dan selang beberapa minit kemudian S. Sharvin pula menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke 34.

Bersambung babak kedua, kelantan hanya mendapat gol saguh hati pada minit ke 76 menerusi Ghaffar Abdul Rahman.

Dengan kekalahan ini, Kelantan hanya perlu berharap JDT 2 juga kalah di tangan Terengganu 2 malam ini untuk memberi sinar harapan untuk merangkul piala liga perdana. 




Previous Post Next Post